Sebenarnya kita perlu sentiasa ingat dan awasi semula segala cara kita
melakukan jualan. Sentiasa sedar dan
beringat sentiasa yang kita ini adalah seorang manusia yang sering melakukan
kesilapan dan kesalahan lebih-lebih lagi tiada siapa pun yang datang memeriksa
semula samada apa yang kita lakukan ini adalah betul ataupun tidak. Selagi tiada seorang pun yang menegur kita,
sampai bila-bila kita merasakan yang kita lakukan selama ini adalah tindakan
yang betul dan benar sahaja.
Berikut adalah
tindakan-tindakan yang salah dan silap apabila kita melakukannya :
- Persiapan yang tidak rapi
- Penggunaan perkataan atau ayat yang tiada mempunyai struktur
- Tiada satu pun tindakan yang di ambil untuk prospek mengingatinya.
- Sentuhan secara emosi tiada di terapkan
- Tingkat kefahaman semua orang bukannya sama
- Lemah dalam pembuka dan penutup jualan
- Merasakan diri kita sahaja yang betul dan benar dan mengambil kesempatan mencari alasan menyalahkan orang lain, keadaan sekeliling dan pelanggan.
- Langsung tidak pernah pelajari dari kesilapan yang pernah dilakukan
Inilah kesilapan-kesilapan yang tidak sepatunya berlaku pada diri kita.
Lebih banyak kesilapan yang kita lakukan lagi sukar untuk kita dapatkan jualan.
Lagi cepat kita sedar yang kita telah melakukan kesilapan dan segera di
perbetulkan maka kita akan bergerak lebih cepat dan pantas menemui kejayaan
yang di idamkan,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan