Berlakunya bangkangan adalah disebabkan satu proses emosi
yang berlaku kepada bakal pembeli. Jadi
adalah lebih baik untuk menangani bangkangan ini secara beremosi juga dalam
memberikan jawapan balas. Ketahui bahawa
dengan
i.
Memahami
situasi – sentiasa tunjukkan sifat memahami dan peka terhadap apa
jua keadaan pelanggan di mana letaknya ke tidak puasan hatinya ataupun
kekecewaannya
ii.
Menjelaskan
semula – biasakan balik memberitahu penjelasan yang diberi
dengan menunjukkan kelebihan-kelebihan dan faedah-faedah produk yang di
tawarkan yang pasti boleh menguntungkan bakal pembeli tersebut
iii.
Memujuk
kembali – Fokuskan perhatian bakal pembeli semula untuk
mendapatkan produk yang di tawarkan. Ketenangan berkomunikasi secara berhemah
dan pujuk rayu yang baik adalah senjata utama yang perlu di mainkan.
Ikhlas dan
jujur dalam memberi penjelasan akan mengakibatkan bakal pembeli akan berfikir
semula. Penerangan yang di beri perlu
jelas dan pastikan penerangan yang di beri itu kefahamannya bukan untuk kita
tetapi untuk bakal pembeli.
Memahami
situasi yang sebenar segala permasalahan dan komplen bakal pembeli perlu di
ambil berat. Atasi secara berhikmah dan
penuh rasa tanggung jawab. Bakal pembeli
akan merasa seronok jika diri mereka terasa seperti di ambil berat dengan penuh
perhatian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan