Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 22 Oktober 2011

KENAPA GAGAL DALAM ‘FOLLOW UP’


Agak sedih bila mengetahui kebanyakan kita kurang untuk melakukan ‘follow up’ bagi mendapatkan jualan setelah pertama kali dan buat kedua kalinya bertemu dengan prospek/pelanggan yang sama.  Agak-agak apakah penyebab nya? Malas? Masa tidak mencukupi? Terlalu ramai prospek/pelanggan? Tiada keinginan? Kecuaian? Boring? Banyak alasan boleh diberikan, tapi jawapan yang betulnya hanya anda seorang sahaja yang mengetahui jawapannya.


Apa pun yang berlaku dan terjadi, mungkin terdapat jalan yang berkesan dan efektif bagaimana untuk mengatasinya. Tidak salah untuk mempelajari sesuatu yang berlaku dan terjadi.  Mungkin di bawah ini dapat membantu anda bagaimana untuk melakukan semula ‘follow up’ kepada prospek/pelanggan anda semula iaitu

i.                     Tanyakan kepada prospek/pelanggan apakah penyebab kecuaian/kelemahan anda 

ii.                   Apakah penyebab utama kepada prospek/pelanggan yang boleh mendorong mereka menerima tawaran anda? 

iii.                  Tunjukkan kepada prospek/pelanggan bahawa anda adalah penyelesai masalah mereka

iv.                 Ceritakan kepada prospek/pelanggan tentang harapan dan impian mereka.   

v.                   Jangan sama sekali kenal erti putus asa dan mudah kecewa.   

vi.                 Elakkan sama sekali perasaan malu dan belajar untuk mengatasinya. 

vii.                Bertawakal selepas berusaha. 


Lakukan lah apa yang anda terdaya untuk melakukannya.  Dari menghubungi mereka secara talian telefon ataupun melalui e-mel, surat, SMS dan melakukan temu janji untuk pertemuan anda.  Pelajari dari pengalaman anda sendiri kerana itu adalah guru terbaik anda. Perbetulkan kesilapan anda dan pastikan tiada di ulangi lagi.  Jangan kerana kita malas, mudah putus asa dan kecewa kita merasakan cukup sekali sahaja pertemuan kita dengan prospek/pelanggan  yang di temui dan kita gagal menjualnya. Tidak mustahil apabila di lain kali atau masa akan berlaku juga fenomena yang sama kita masih di dalam kegagalan. Perbetulkan segera.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan