i.
Soalan terbuka (Open Question) iaitu bermula
dengan persoalan BAGAIMANA (How), KENAPA
(Why), APA (What), DI MANA (Where) dan BILA (When)
ii.
Soalan Tertutup (End Question) iaitu lebih
spesifik jawapannya sama ada ‘YA’ atau ‘TIDAK’; soalan yang memerlukan kita
secara berkesan lebih memahami kehendak pelanggan, mengawal dialog antara kita
dengan prospek/pelanggan mendapat kepastian jawapan.
Ternyata soalan-soalan yang di kemukakan dalam sesi jualan amat penting
sekali peranannya. Lagi banyak kita
bertanya lebih mudah kita fahami hasrat prospek/pelanggan dan sama sekali
mereka tidak akan menganggap kita terlalu bodoh dan tidak cerdik kalau kita
asyik bertanya. Yang penting tanyalah soalan-soalan yang menjurus untuk
memahami hasrat prospek/pelanggan dan jangan sama sekali terlalu menanyakan
soalan-soalan yang terlalu peribadi terhadap mereka ataupun berulang kali
kekerapan pertanyaan yang asyik sama sahaja kepada prospek/pelanggan takut
nanti mereka akan merasa boring pula.
Lakukan perancangan dan persiapan yang baik dan teliti sebelum menemui
prospek/pelanggan. Bila berhadapan
dengan prospek/pelanggan berhati-hati dan jangan sama sekali suka-suka hati
sahaja menanyakan soalan-soalan yang tiada kaitannya dengan penawaran produk
dan perkhidmatan yang ingin di tawarkan. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian
tiada gunanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan