Umar Ibnu al-Khattab pernah berkata :
"Janganlah kamu berdoa dengan hanya duduk berdiam diri sahaja meminta
kepada Allah supaya menurunkan rezeki, sedangkan langit tidak akan
sama sekali menurunkan hujan emas dan perak."
Firman Allah SWT berfirman maksudnya "Dia
(Allah) yang menjadikan bumi untuk mu supaya mudah kamu jalani kehidupan seharian, maka
berjalanlah kamu di seluruh pelusuknya dan makanlah rezeki dari Allah." Surah
al –mulk, ayat 15.
Berfikir untuk menambah pendapatan yang di redhai oleh Allah SWT amatlah di
tuntut sama sekali. Lakukan lah ia kerana isinya bukan setakat membantu diri
kita sendiri tetapi juga keluarga kita di samping dapat kita mengeluarkan zakat
dan memberi sedekah sebanyak yang boleh bagi di gunakan oleh umat Islam yang
lain. Tindakan yang perlu di lakukan
selepas ini adalah
i.
Buatlah kajian dan belajar dari orang yang berjaya
di dalam bidang yang sama bagaimana mereka boleh lakukan dengan berjaya dan
nampakkan perbezaannya untuk tidak di ikuti dari orang yang sama bidangnya tapi
kurang berjaya dan berkesannya. Tiru apa yang di lakukan setiap hari (tidak
salahnya untuk berjaya dan bukannya ada dalam Akta Hak Cipta) demi mencapai
kejayaan yang di ingini
ii.
Segera perbetulkan matlamat dan sasaran anda
bagaimana untuk perolehi gandaan pendapatan anda dalam tempuh sehingga setahun,
lagi pendek lagi bagus.
iii.
Berdoa ke hadrat Allah SWT, mengharapkan agar
sentiasa membantu hambanya, sentiasa per mudahkan tugasan untuk menjual dan di
bukakan hati dan pemikiran prospek/pelanggan untuk menerimanya dengan hati yang
terbuka.
Firman Allah SWT dalam Surah Ghafir Ayat 60
bermaksud – “Berdoalah kamu kepada KU nescaya Aku perkenan kan doa permohonan
kamu”
Bertindak dari sekarang! Rancang lah dengan betul dan sepenuh hati. Jika
ada orang lain boleh melakukannya kenapa anda tidak boleh melakukannya? Sampai
bila anda harus berpendapatan sebanyak itu sahaja sedangkan orang lain telah
pun menikmatinya melebihi dari yang anda sangka kan. Adakah anda malu untuk
menerima pendapatan tinggi dari malu menanggung kegagalan tidak mencapai
sasaran?. Tepuk dada tanya selera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan