Dari segi istilah Cross Sale (Jualan Bersilang) ini adalah satu jenis tindakan atau secara
praktisnya melakukan jualan sesama atau antaranya yang mengukuhkan pelanggan,
pasaran, transaksi dan sebagainya ataupun ia juga di lakukan dalam jualan sebagai satu tambahan produk
atau perkhidmatan kepada pelanggan sedia ada.
Jelas dari istilah yang diberikan jualan perlu di lakukan secara konsisten
dalam menentukan produk yang di tawarkan mendapat sambutan. Kalau tiada usaha yang bersungguh-sungguh
pasti tidak akan dapat apa yang kita kehendaki. Sama ada ia satu produk atau
tambahan kepada produk yang telah di jual, jualan secara cross sale perlu di
lakukan juga.
Kenapa Cross Sale ini perlu di laksanakan?
I.
terdapat banyak produk yang di keluarkan yang
perlu di tawarkan kepada pelanggan
II.
mudah untuk melakukan jualan atau penceritaan
kepada pelanggan
III.
memudahkan pelanggan untuk memilih produk mana
yang di kehendaki dan bersesuaian dengannya
IV.
ambil kesempatan ke atas pelanggan yang sedia ada
V.
pelanggan dah mula mengenali organisasi dan produk
yang ada
VI.
menggalakkan lagi kesetiaan pelanggan kepada
produk kita
VII.
memenuhi dan membantu pelanggan tanpa perlu ke tempat lain
VIII.
pendapatan tambahan kepada organisasi dan diri
sendiri (komisen yang di tawarkan)
Umpama pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan, kalau setakat lulus
satu atau dua sahaja mata pelajaran yang di ambil sedangkan peperiksaan
sebanyak lapan mata pelajaran, adakah itu di katakan lulus dalam
peperiksaannya ? Ini bermakna hanya
mereka yang lulus dalam semua mata pelajaran yang di ambil akan di kira berjaya
sepenuhnya.
Begitu juga dalam karier jualan, kalau setakat satu atau dua sahaja
produk yang boleh di jual walhal banyak produk lagi tidak boleh di buat jualan
adakah itu juga di namakan satu kejayaan dan kepuasan dalam menjual ?
Fikirkanlah…….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan