Empat sebab utama kenapa soalan-soalan perlu di lakukan oleh kita semua
dalam menjual iaitu
i.
Prospek/pelanggan merasakan mereka di ambil
perhatian. Apabila prospek/pelanggan
merasakan mereka diberi perhatian dengan perasaan ada orang yang ingin membantu
mereka, kita akan lebih mudah menyelami perasaan dan pemikiran mereka
terutamanya apa masalah sebenar prospek/pelanggan. Lagi banyak kita kemukakan
soalan, lagi mudah kita faham dan jelas tentang kehendak dan kemahuan mereka
tanpa perlu menunggu mereka bercerita dan maklumkan kepada kita apa yang
sebenarnya mereka mahukan.
ii.
Melalui soalan membenarkan anda mendengar dan
mengetahui lebih mendalam tanpa perlu kita melakukan anggapan dan tanggapan
sahaja ke atas prospek/pelanggan. Jalan mudah dan menjimatkan masa kita
terutamanya semasa perundingan adalah banyakkan bertanya dari menceritakan
produk yang ingin di tawarkan
iii.
Soalan-soalan kita akan membuatkan kita mengawal
perbualan dalam suasana yang kita sendiri kehendaki. Kerana itu apabila kita
sakit dan demam apabila bertemu dengan doktor perubatan, mesti doktor tersebut
akan bertanya dan terus bertanya sebelum pemeriksaan yang sepatutnya di
lakukan.
iv.
Prospek/pelanggan boleh memeriksa semula kefahaman
kita berdasarkan daripada soalan yang kita kemukakan ke atas mereka. Keyakinan prospek/pelanggan lebih tinggi dan
lebih mudah percaya kepada kita di atas mereka merasakan kita benar-benar
mengambil berat ke atas mereka walaupun hanya soalan-soalan sahaja di kemukakan.
Itulah sebabnya kenapa soalan-soalan yang di kemukakan memainkan peranan
penting dalam kita memahami segala keperluan dan kemahuan prospek/pelanggan.
Pastikan selepas ini kita benar-benar telah bersiap sedia dengan soalan-soalan
yang baik dan bernas dalam menjurus memudahkan kita melakukan jualan kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan