Melakukan presentasi untuk menarik minat prospek/pelanggan kena betul
dengan cara dan kaedahnya. Bukan main hentam membuta tuli sesuka hati sahaja
untuk melakukannya. Tak tahu tentang produk kena dalami kan dia terlebih
dahulu. Tak tahu tentang memberikan penjelasan kepada orang kena pelajari skil nya
terlebih dahulu bagaimana untuk bercakap dan berlatih selalu walaupun di hadapan
cermin. Tak tahu tentang bagaimana nak mulakan perbualan kena tanya pada orang
yang mahir berpengalaman memberikan presentasi kepada orang lain. Semuanya kena
belajar dan bukannya lahir-lahir di dunia ini menjadi pandai begitu sahaja.
Oleh itu dalam kita memberikan presentasi yang terbaik kepada
prospek/pelanggan yang kita temui tidak kiralah sama ada berhadapan dengan
seorang atau dalam bentuk yang ramai konsepnya adalah sama iaitu perlu ada rasa
berani, tenang, sabar dan muka kering. Semakin banyak kita melakukan presentasi
semakin mahir kita boleh lakukan tanpa perlu wujud sebarang kerisauan dan
kesusahan hati. Yakin dan bersemangat adalah syarat utama dalam memberikan
presentasi tidak kira berapa ramai orang menghadirinya.
Jadikan presentasi kita dari Informasi kepada meyakinkan. Bermula dengan
fakta disusuli dengan manfaat dan kebaikan yang bakal mereka peroleh dan
seterusnya apa produk yang ditawarkan ini boleh memberikan keyakinan kepada
mereka itu dikira sudah cukup baik. Mungkin perkara-perkara sebegini perlu
dilakukan antaranya
i.
Hanya sebutkan 3 perkara utama sahaja
Menurut
penulis buku Garmine Gallo bertajuk ‘The
Presentation Secret of Steve Jobs’ menyebut bahawa dalam kita memberikan
presentasi kepada prospek/pelanggan yang ditemui sebaik-baiknya jangan berjela
panjangnya ataupun perkara-perkara penting yang terlalu banyak. Memadai dengan
tiga sahaja kebaikan atau manfaat yang diceritakan dan jangan sama sekali lebih
daripada itu. Ini akan memberikan kesan yang mendalam kepada mereka tentang apa
yang mereka benar-benar perlukan dan fahami dengan mudah dan senang sama
sekali. Jangan mudah biarkan mereka cepat merasa boring tapi dipendekkan dengan
hanya menjelaskan tiga perkara penting sahaja supaya fokus mereka lebih terarah
dengan apa yang kita sampaikan.
ii.
Pergunakan ayat ini ‘apakah maknanya kepada anda semua
ini?’
Sebaik-baik
penamat adalah dengan menggunakan ayat ini iaitu ‘Apakah maknanya kepada anda
semua ini’ dalam satu persoalan yang perlu mereka jawab sama ada mereka fahami
atau tidak apa yang telah kita sampaikan. Adakah mesej yang kita berikan kepada
mereka difahami atau dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sebenarnya.
Lebih baik banyak bertanya dari lebih banyak memberi penerangan. Bila
prospek/pelanggan bertanya maka lebih mudah untuk kita fahami masalah mereka
dan memudahkan lagi tugasan kita menghulurkan bantuan dan pertolongan.
iii.
Biar ringkas,jelas dan padat
Fikirkan cara
dan kaedah terbaik. Sentiasa dikemas kini presentasi kita agar ia nya memadai
dengan apa yang diperlukan oleh prospek/pelanggan yang ditemui. Biarkan ia
ringkas, jelas dan padat sesuai untuk kita memberikan presentasi dan sesuai
juga untuk mereka apabila menerimanya daripada kita. Konsep 70/30 perlu dipraktikkan
di mana 70% mendengar manakala 30% menyampaikan. Buatlah sesuatu yang
memudahkan mereka untuk mendengarnya dan menarik minat mereka sama kepada
produk yang ditawarkan kepada mereka.
Jangan mudah putus asa. Apatah lagi kecewa dan merana. Semua itu kena
hadapi dengan tabah dan sabar. Memberikan presentasi yang terbaik bukan setakat
memberikan penerangan dan kefahaman kepada mereka tetapi juga yang paling penting
adalah memberikan keyakinan yang terbaik buat diri mereka. Lagi ramai kita
bertemu dengan prospek/pelanggan yang ditemui lebih mematangkan lagi kita
memberikan presentasi seperti mana yang mereka mahukan. Sentiasa kreatif dalam
memberikan presentasi agar setiap informasi dan maklumat yang disampaikan
semuanya nanti akan bertukar kepada minat kepada mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan