Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 21 Disember 2012

KALAU DAH REZEKI




Kisah terjadi ketika Sayidina Ali bin Abu Thalib memasuki masjid. Beliau meminta bantuan seorang lelaki yang berada di pintu masjid agar dapat memegang keldai yang ditunggangnya sekejap sehingga beliau keluar semula. Tidak lama selepas itu Sayidina Ali keluar semula dengan membawa 2 dirham untuk diberi kepada lelaki tadi sebagai upah penjagaan kepadanya. Ternyata lelaki tadi telah tiada hilang entah ke mana. Yang tinggal hanyalah keldai kepunyaan Sayidina Ali tapi malangnya tali pemegang keldai itu telah hilang pula. 

Ali pun berlalu menunggang keldainya. Kemudian Ali memberi kepada hambanya 2 dirham tadi dan menyuruh hambanya untuk membelikan tali pemegang keldai tersebut di pasar. Tidak lama kemudian hamba tersebut kembali dari pasar membawa tali pemegang keldai, dan tali itu amat dicam oleh Sayidina Ali menyerupai tali pemegang yang telah hilang di masjid tersebut. Tahulah Sayidina  Ali bahawa tali itu telah dijual oleh pencuri tadi di pasar dengan harga 2 dirham. 

Ali berkata, Dia telah menghalangi dirinya dari harta yang halal kerana tidak bersabar. Harta haram yang didapatkannya tidak akan melebihi apa yang telah ditentukan Allah baginya”. 

Firman Allah yang bermaksud “Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar(Surah Fusilat 41, ayat 35).

Inilah contoh kalau dah dinamakan rezeki. Kalau telah ditakdirkan mendapat 2 dirham sahaja tapi kita pula yang menentukannya sama ada ia nya diperoleh secara halal ataupun tidak. Kita yang tentukan. Bukannya orang lain yang tentukan. Usaha kita kena buat dan bukannya orang lain. Begitulah dalam jualan, nak berjaya kena usaha ke arah mencapai kejayaan dan bukan sama sekali menunggu kehadiran prospek/pelanggan menjelma di hadapan mata. Nak menjelma di hadapan mata kita pun kena edarkan flyers dahulu, buat kain tentang di tempat-tempat strategik ataupun menghubungi mereka lakukan temu janji. Barulah prospek/pelanggan berminat nak bertemu dengan kita. Selagi kita tidak war-war kan selagi itu jualan agak sukar untuk dilakukan.

Carilah sumber dari yang halal. Jangan menipu, kelentong orang mahupun mengambil kesempatan ke atas kelemahan orang lain. Kena jujur, ikhlas dan bertawaduk. Rezeki kalau nak datang bergolek sekalipun kena berusaha terlebih dahulu, bukan setakat berdoa sahaja mengharapkan simpati dan kasihan dari orang lain. Yang penting kena sabar dan tabah dalam menghadapi setiap tugasan jualan yang dilakukan. Jangan mengeluh dan jangan sama sekali merungut. Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Tidak ada suatu rezeki yang Allah berikan kepada seorang hamba yang lebih luas baginya daripada sabar” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Al Hakim).

Firman Allah bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)(surah Ali Imran 3, ayat 200).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan