Hangat diperkatakan apabila penggemar-penggemar pelaburan
emas begitu takut dan risau memikirkan apabila terdapat pelbagai krisis
pelaburan dan harga yang tidak menentu dalam pasaran emas yang mana
mengakibatkan risiko yang tinggi pula menimpa kepada para pelabur untuk
melakukan pelaburan di dalam bidang ini. Laporan akhbar menyiarkan terdapat
lebih dari 20 syarikat emas telah diserbu oleh pihak berkuasa dan telah di senarai
hitam oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti. Adalah dianggarkan sebanyak RM15 bilion
dijangka kerugian hasil dari risiko yang terpaksa ditanggung oleh rakyat
Malaysia.
Antara yang berlaku adalah
1. Krisis Bestino Golden House (Kerugian dianggarkan
RM411 Juta, 7000 pelabur terlibat)
Syarikat pelaburan Bestino mula beroperasi sekitar tahun
2008 dengan skim pembelian jongkong emas bernilai RM10,000 – RM50,000 dan juga
terbitan 400 juta saham tanpa kelulusan SC. Skim pelaburan Bestino ini
menjanjikan pulangan dividen sebanyak 36% setahun menarik minat 6740 orang
ramai untuk melabur,
Operasi pelaburan Bestino mula mengalami masalah apabila
disiasat Suruhanjaya Sekuriti pada awal tahun 2011 apabila Empat pengarah
syarikat Bestino didakwa di Mahkamah Ipoh atas kesalahan pengubahan wang haram
dan menyebabkan aset mereka dibekukan. Pada awal tahun 2012, syarikat tidak
dapat membayar dividen 3% bulanan kepada pelabur menyebabkan pelabur memberi
tekanan untuk memulangkan kembali modal pelaburan mereka. Pada pertengahan
2012, pengarah syarikat berjanji untuk mencairkan ‘aset’ mereka di luar negara
yang bernilai hampir ‘400 juta’ untuk tujuan membayar balik modal pelabur
tetapi membatalkan kembali kerana bimbang wang yang dibawa masuk akan
dibekukan semula Bank Negara. Krisis antara syarikat dan pelabur masih berlanjutan
dan belum dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.
2. Pelaburan emas 999 padu dan Jongkong Emas 999.9
(Kerugian lebih RM2 billion, melebihi 20,000 pelabur terlibat)
Pelaburan jenis emas 999 melibatkan lebih ramai
pelabur berbangsa Melayu bermula sekitar awal 2010 menggunakan Jongkong Emas berjenama
Pamp Suisse 999.9 dan juga emas padu 999, skim pelaburan ini tidak diuruskan
mana-mana syarikat dan lebih berbentuk perniagaan jual beli emas, Pada tahun
2011 harga emas naik ke kemuncaknya pada bulan September, kenaikan harga emas
yang tinggi ini menarik minat beribu pelabur baru untuk membeli emas. Dari
spekulasi Bank-bank utama di Malaysia berkenaan kenaikan harga hingga mencecah
RM400/gram dalam tempoh masa singkat, mendorong ramai pelabur menukar portfolio
mereka kepada emas.
Tetapi sayangnya, walaupun spekulasi berterusan
dari broker dan penganalisis pasaran, harga pasaran hanya mampu bertahan
beberapa bulan sebelum jatuh teruk pada awal 2012 ekoran kejatuhan ekonomi Eropah,
ramai pelabur yang membeli ketika harga puncak tersebut terpaksa menanggung kos
simpan emas atau menerima risiko emas mereka akan dilelong apabila tamat tempoh
waktu simpanan. Akhirnya pelabur terpaksa mengeluarkan emas dan
menyimpannya sendiri dan ramai juga yang terpaksa menjual emas mereka untuk mengelak
terus membayar upah simpan.
3. Pelaburan Emas Genneva (Kerugian lebih
RM10bilion, melebihi 50,000 pelabur terlibat)
Pelaburan emas ini diuruskan oleh Genneva Malaysia Sdn
Bhd , sebuah syarikat berpangkalan di Jalan Kuchai Lama, Kuala
Lumpur melibatkan ramai pelabur VVIP dan pelabur berbangsa cina. Di
dalam bentuk pelaburan ini , Genneva menjanjikan pelabur pulangan dividen
(2%) setiap bulan dalam bentuk hibah selagi emas disimpan pelanggan dalam
tempoh 6 bulan, selepas tamat 6 bulan pelabur boleh menjual emas semula
kepada Genneva dengan harga belian dahulu, ataupun membeli semula dan
terus menikmati pulangan hibah 2% setiap bulan.
Pada bulan Oktober 2012, pihak berkuasa Malaysia dan
Singapura menyerbu pusat operasi Geneva Malaysia Sdn Bhd dan Geneva Pte Ltd dan
merampas kira-kira 200kg emas dan wang tunai yang belum diserahkan kepada
pelabur.
Walaupun hanya memaparkan tiga kes sahaja namun
kerugiannya amat banyak dan bukan sedikit amaun transaksi yang terlibat. Cukup
banyak cukup besar. Inilah yang perlu diambil sebagai satu iktibar dan
pengajaran yang berguna bukan setakat kepada pelabur-pelabur sahaja tetapi juga
kepada mereka-mereka yang bercita-cita menjadi wakil penjual atau ejen penjual
kepada barangan berasaskan emas ini. Antaranya
i.
Berhati-hati
apabila melakukan jualan. Kena selidik dahulu sama ada syarikat atau organisasi
yang diceburi sememangnya boleh dipercayai ataupun tidak.
ii.
Memikirkan
kesannya kepada diri kita kerana apabila berlakunya perkara sebegini sudah
pasti pelabur-pelabur akan mencari kita terlebih dahulu dari mencari organisasi
atau syarikat yang telah dikenakan sama ada di senarai hitamkan ataupun diserbu
oleh pihak berkuasa. Ini melibatkan imej kita.
iii.
Kerana
memikirkan keuntungan komisen dan pendapat yang tinggi hasil dari transaksi
yang dilakukan, kesannya akan berbalik semula kepada kita.
iv.
Kesannya
jatuh kepada kita. Andai kata kita beralih syarikat atau organisasi yang lain
pula dan untuk mendapatkan pelabur yang sama kesannya amat sukar untuk kita
memberikan kempen dan penerangan kepada mereka.
v.
Jangan
ikut trend terlebih dahulu tapi siasatlah terlebih dahulu adakah organisasi
atau syarikat yang kita pilih ini berwibawa ataupun tidak.
vi.
Kredibiliti
dan integriti kita akan turut musnah jika syarikat atau organisasi yang kita
wakili turut terpadam sama.
vii.
Menjual
memerlukan produk yang boleh membantu orang dan bukannya menyusahkan orang dan
boleh memberikan kesan yang mendalam jika produk yang ditawarkan terdapat
pelbagai masalah yang timbul pula di kemudian hari.
Ambillah sikap berhati-hati dan berwaspada setiap masa
sebelum kita menceburi bidang jualan mewakili syarikat atau organisasi tempat
kita akan bernaung nanti. Fikirkan sedalam-dalamnya kerana di pasaran masih
adalah organisasi yang sah menawarkan tugasan jualan yang mengikut peraturan dan
kehendak pihak berkuasa. Jadikan apa yang telah terjadi ini sebagai satu
iktibar dan pengajaran yang terbaik untuk kita agar kita tidak sama sekali
turut sama terjebak dan terjerat dengan tipu daya helah organisasi seperti yang
dinyatakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan