Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Barang
siapa yang ditanya berkenaan suatu ilmu lalu dia menyembunyikannya, pasti dia
akan diikat pada Hari Kiamat dengan tali dari neraka” (Hadis Riwayat
al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi
(Maktabah al-Ma’arif, Riyadh 2000), hadis no: 2649).
Satu peringatan untuk kita semua agar jangan sama sekali kita kedekut dan
tamak akan ilmu yang ada pada kita untuk dikongsi bersama. Ilmu yang didapati
bukan setakat digunakan demi kepentingan diri sendiri dan paling baik perlu
dikongsi bersama. Terlalu banyak dalil-dalilnya kenapa ilmu yang ada perlu
dikongsi bersama sebagai mengelakkan
ancaman kepada orang-orang yang berilmu antaranya
Sabda Rasulullah SAW “Perumpamaan orang
yang berilmu yang mengajarkan kebaikan kepada manusia dan melupakan dirinya
seperti lampu yang menerangi orang lain dan membakar dirinya sendiri”
(Hadis Riwayat At-thabrani).
Sabda Rasulullah SAW “Kecelakaan besar
bagi orang yang tidak mengetahui (tidak berilmu) dan kecelakaan besarlah bagi
orang yang mengetahui (berilmu) kemudian tidak mengamalkannya (ilmunya)
“(Hadis Riwayat Abu Nuaim).
Sabda Rasulullah SAW “Orang yang berilmu
ilmu dan amal (masuk ke) dalam syurga, maka apabila orang yang berilmu tidak
mengamalkan (ilmunya) maka ilmu dan amal masuk ke syurga dan orang yang berilmu
masuk ke dalam neraka” (Hadis Riwayat Ad-Dailami).
Dari Abu Hurairah Ra. Berkata: Bersabda Rasulullah SAW “Perumpamaan orang yang mempelajari ilmu kemudian tidak
memberikannya (kepada orang lain) adalah bagaikan orang yang menyimpan harta
kemudian tidak menafkahkan sebahagian dari padanya” (Hadis Riwayat
At-Tabarani).
Kerana itu kita amat di saran berkongsi ilmu sesama rakan-rakan kita yang
melakukan jualan. Jangan ditakuti andai kata pasaran kita dirasakan terganggu
dan akan merosakkan periuk nasi kita. Ingatlah Rasulullah ada bersabda “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah
dibandingkan mukmin yang lemah, dan masing-masing mempunyai kebaikan.
Bersungguh-sungguhlah untuk hal yang bermanfaat untuk mu. Mohonlah pertolongan
dari Allah dan jangan merasa lemah. Jika ada sesuatu menimpa diri mu, jangan
ucapkan, ‘Andai sahaja aku yang melakukan begini, tentu akan menjadi begini dan
begitu’ Namun ucapkanlah ‘Telah ditakdirkan Allah, apa yang Allah kehendaki,
Dia pasti melakukannya’ Sesungguhnya ucapan ‘andai sahaja’, akan membuka amalan
syaitan”(Hadis Riwayat Muslim).
Usaha tangga kejayaan. Yang penting kena usaha dan bekerja keras kerana
banyak macam mana pun ilmu tapi tidak dipergunakan pasti tidak ke mana. Firman
Allah bermaksud "Dan belanjakanlah
(apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu
sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap
bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu;
kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki
amalannya (berbuat baik)” (Surah Al-Baqarah ayat 195).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan