Pelbagai ragam prospek/pelanggan telah kita temui. Semuanya terpaksa kita
hadapi walau dalam keadaan apapun sekali. Tiada istilah mengeluh mahupun keluh
kesah terpaksa hadapinya dengan sebaik yang mungkin. Antara karenah
prospek/pelanggan yang terpaksa dihadapi adalah apabila bertemu dengan orang
yang suka memberi perintah dan memerintah seolah-olah dia adalah penentu segala-galanya
tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain yang bertemu dengannya.
Bertemu dengan orang yang sebegini seringkali dia merasakan apa juga yang
dia perkatakan dan bicarakan adalah benar sama sekali manakala yang salah dan
silap itu semuanya berpunca dari kita sahaja. Beginilah manusia sering kali
terlupa akan anugerah Allah yang telah memberikan kepadanya pangkat dan kuasa
yang serba sedikit ini terus lupa dan alpa yang manusia yang dijadikan Allah
sebagai hambanya sudah pasti mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.
Walaupun begitu, apabila kita bertemu dengan pelanggan-pelanggan seperti ini
sebaik-sebaik tindakan kita adalah dengan menggunakan kaedah dan cara yang
sebegini
i.
Sentiasa ada flexibiliti
Kena cepat
sesuaikan diri dengan keadaan yang dihadapi. Jangan mudah panik dan susah hati.
Berinteraksi dengan sebaik yang mungkin secara berhemah dan bersopan. Tunjukkan
yang kita benar-benar ikhlas untuk membantu dan bukannya menjual. Kena ada
flexibiliti terhadapnya dan dengar dengan baik yang yang prospek/pelanggan
tersebut mahu sampaikan. Jangan mudah membangkang mahupun mencelah kerana orang
sebegini yang cepat merasa betul dan benar sudah pasti tidak akan mengizinkan
kita melakukan perkara yang sewajarnya. Seboleh-bolehnya dia yang mengawal
situasi ini dan bukannya kita.
ii.
Jangan melawan dan jangan juga merendah diri
Kena
‘Cool’ dan bertenang. Jangan sama sekali melawan dan meninggikan suara.
Sentiasa berhemah dan bersopan itu yang lebih baik dari segala-segalanya.
Teruskan apa yang difikirkan perlu untuk kita lakukan berikan penerangan sebaik
yang mungkin dengan jelas, padat dan ringkas. Jangan sama sekali mengambil masa
yang lama berikan penerangan tapi ambil masa sewajarnya untuk kita banyakkan
bertanya kenal pasti apa masalah yang dihadapinya. Mudah bagi kita kemudian
untuk menawarkan produk yang bersesuaian dengan apa yang prospek/pelanggan
tersebut mahukan dari kita nanti.
iii.
Biarkan dia berkata habis
Setiap apa
yang beliau perkatakan dan perbualkan biarkan sampai habis dia nyatakan. Jangan
sama sekali mencelah apa tah lagi potong apa yang dia perkatakan. Buat muka
selamba sahaja biarkan apa yang hendak disampaikan diperhabiskan terlebih
dahulu. Berikan penghormatan sewajarnya. Sekurang-kurangnya kita akan lebih
memahami akan apa yang dimahukan dan diperlukan dari dirinya. Jangan tunjukkan
keresahan dan riak muka yang membosankan.
iv.
Bersedia untuk keluar
Sama ada
keadaan tidak dapat dikawal oleh kita ataupun sememangnya prospek/pelanggan
telah mula menunjukkan tidak minatnya pada tawaran yang dikemukakan bolehlah
sama sekali kita bersiap sedia untuk keluar mohon keizinannya melangkah pergi.
Mungkin ini belum lagi masa untuk kita yang bersesuaian meneruskan interaksi
dan menawarkan produk kepada dirinya. Lakukan secara berhemah dan bersopan agar
dirinya tidak tersinggung dan mudah merasa hati pula dengan kita.
Perjuangan perlu diteruskan. Bukan semua prospek/pelanggan yang ditemui
berperangai sebegitu dan menyusahkan diri kita. Mungkin dalam seratus terdapat
seorang dua yang berperangai sebegitu. Ujian Allah menguji kesabaran dan
ketabahan kita sama ada boleh atau tidak untuk kita hadapinya dengan cara dan
kaedah yang terbaik. Jangan putus asa dengan cepat. Ditakdirkan hilang seorang
prospek/pelanggan bukan bermakna kita akan hilang segala-galanya. Kena berusaha
dan yakin apa yang kita lakukan sememangnya boleh dibuat dengan elok sebaik
mungkin. Semuanya bergantung kepada kerajinan dan disiplinnya kita untuk
melakukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan