Nak menjual, kena tahu kenapa agaknya mereka hendak membeli dan menerima
tawaran yang ditawarkan. Kena selidiki dahulu. Kena tahu trend mereka. Apa penyebabnya
dan kenapa mereka hendak menerimanya. Semuanya kena ketahui dengan sebaik yang
mungkin. Jangan syok sendiri bila melakukan jualan. Jangan main hentam kromo sahaja
kenapa mereka teringat sesangat nak terimanya dari kita. Lagi kita tahu lagi
elok tindakan kita. Bila dah tahu lagi senang nak lakukan jualan.
Antara penyebabnya adalah kerana
i.
Keperluan
Pembeli merasakan
produk yang ditawarkan adalah satu keperluan baginya yang mahu tak mahu, benci atau suka kena membelinya juga. Bukan satu
kompromi tapi satu kemestian dirasakannya. Beruntunglah si penjual buat masa
ini. Tak perlu bercakap banyak, tawar sahaja pasti ada yang menyambutnya untuk
membeli apa yang dicarinya selama ini. Tuah di ayam nampak di kaki tapi tuah
manusia tidak siapa yang tahu. Inilah rezeki namanya.
ii.
Terpengaruh
Hanya kerana
pujukan kawan-kawan atau hebahan mulut membuatkan seseorang mudah untuk
menerima tawaran menjual yang dilakukan kepadanya. Begitulah kuat pengaruh dari
seseorang. Dengar yang baik sahaja terus menerima tanpa perlu menyiasat dan merujuk
apa-apa. Mudah percaya dan meyakinkan mereka. Hebat bukan. Beginilah nasib
kalau satu-satu produk yang berada di pasaran telah dipercayai dan diyakini
oleh orang yang telah menggunakannya.
iii.
Ketaatan
Pembeli
jenis ini memang tak boleh buat apa-apa. Ketaatannya pada satu-satu produk
pesaing memang amat sukar untuk ditukarkan kepada produk jenama yang lain. Kesetiaannya
berdasarkan pengalaman yang ditempuhinya. Amat sukar untuk kita mempengaruhinya
apa tah lagi untuk memujuknya. Berilah sebaik mana penerangan dan penjelasan
yang diberikan sudah pasti pada akhirnya kita juga yang kecewa. Kena bersabar
dan tabah apabila bertemu dengan bakal pembeli yang sebegini apabila kita
temui.
iv.
Menunjuk-nunjuk
Sikap pembeli
yang suka sangat menunjukkan lagaknya tak tentu hala. Ada produk yang dirasakan
boleh menaikkan imejnya dan dirinya terus diterimanya juga jika tawaran
ditawarkan kepadanya. Manusia kadang-kadang ada egonya. Layan sahaja janji
produk laris dan laku. Jangan fikir apa-apa. Layan masukkan jarum
sebaik-baiknya pengaruhi apa yang patut. Kena pandai ambil kesempatan agar
produk pada akhirnya diterima dengan baik sama sekali.
v.
Kasihan
Mungkin kerana
diri kita dari kata-kata, penampilan, perbuatan atau perbualan dari kita
sendiri. Mereka akan terpengaruh, terpesona dan mudah kasihan pula kepada kita.
Mudah bersimpati tandanya mudah kasihan kepada kita. Bukan kerana kita
meminta-minta tapi dah rezeki namanya, itu mungkin penyebabnya. Ataupun mungkin
kerana rayuan kita dalam menjual. Mungkin juga. Yang penting rezeki. Bak kata
pepatah takkan lari gunung dikejar.
vi.
Kerana diri kita
Orang dah
mula percaya kerana kredibiliti dan kejujuran kita. Ini yang patut kita lakukan
dan kekalkan ketika melakukan jualan. Pembeli akan terpengaruh akan reaksi yang
kita berikan kepada mereka. Tunjukkan keikhlasan dan kesungguhan kita melakukan
jualan. Sudah pasti pembeli akan lebih mudah terpesona dan seronok dengan kita.
Berhemah dan bersopan kekal dipersembahkan agar kepercayaan mereka dapat
dipupuk dan disemai dengan baik sama sekali.
vii.
Selesaikan masalahnya
Inilah tugasan
kita sepatutnya. Tunjukkan yang kita ingin membantu tolong selesaikan apa juga
masalah yang mereka hadapi dapat diselesaikan dengan produk yang kita tawarkan.
Apabila mereka menyedari yang produk yang ditawarkan dapat menyelesaikan
masalah yang ditanggung selama ini sudah pasti akan memudahkan lagi penutupan
jualan boleh diperoleh. Inilah tugasan kita. Jangan dibiarkan mereka yang
menentukan tapi pastikan kita dapat menawarkan bantuan yang mereka cari selama
ini. Barulah mereka akan lebih terpikat dan yakin dengan apa yang kita
tawarkan.
Inilah ragam pembeli. Mungkin ada produk yang bersesuaian dengan mereka. Yang
penting kena sabar dan tenang. Jangan mengharap sahaja tapi kena usahakan apa
yang perlu. Berikan sasaran sewajarnya bagaimana kita perlu mencari pembeli
yang sebenarnya dan sepatutnya. Jangan putus asa tapi berikan keyakinan diri
yang setiap kali kita lakukan jualan pasti dapat melakukannya sebaik yang
mungkin. Dapat atau tidak penutupan jualan bukan isunya tapi yang penting
bagaimana kita yang melakukannya memberikan tawaran yang terbaik kepada
prospek/pelanggan yang ditemui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan