Sesuatu yang perlu difikirkan apabila kita melakukan jualan. Di waktu hari
dan ada ketikanya kita amat bersemangat melakukan jualan mungkin tidak akan
timbul apa juga masalah pun tetapi bagaimana ke esok kan harinya kita tidak
melakukan jualan? Adakah ia nya satu musibah atau pun satu ketenangan jiwa
kepada kita jika terdapatnya satu hari yang kita benar-benar tidak dapat melakukan
jualan.
Mungkin perkara-perkara begini perlu kita fikirkan jika berlaku esoknya
kalau kita tidak menjual
i.
Bagaimana dengan temu janji-temu janji yang telah kita
lakukan penetapan untuk awal untuk esoknya?
ii.
Siapa yang akan menguruskan jualan yang di rancang kan
untuk kita melakukannya tapi ada masalah peribadi pula yang timbul
iii.
Pelanggan telefon, apa yang nak diperkatakan?
iv.
Mana untung, cuti kah atau menjual?
v.
Akan hilang kah kepercayaan mereka kepada kita?
vi.
Hilang prospek/pelanggan kita? Kalau tak rakan sekerja
yang ambil mungkin pesaing yang merampasnya pula
vii.
Kalau ada pesanan bagaimana? Siapa nak uruskan
viii.
Sanggup kah prospek/pelanggan menunggu kehadiran kita
semula?
ix.
Apa alasan terbaik untuk diberikan
x.
Kembali sahaja kita melakukan jualan, adakah kena bermula
seperti asal semula?
xi.
Hilang kah peluang-peluang yang pasti untuk kita?
xii.
Kepentingan diri atau kepentingan prospek/pelanggan perlu
dijaga?
Berfikirlah sebaik mungkin sebelum kita bercuti melakukan jualan, ambil
tindakan sewajarnya menangani masalah-masalah yang mungkin boleh timbul dan
cari jalan penyelesaiannya yang terbaik untuk diatasi. Kalau cuti yang
sememangnya dalam perancangan kita tidak mengapa tapi bagaimana kalau cuti yang
mengejut tiba-tiba kena bercuti disebabkan perkara-perkara yang melibatkan
kecemasan? Semuanya kena fikirkan sebaik-baiknya. Ambil jalan tengah yang boleh
menguntungkan kedua-dua belah pihak. Yang penting jangan menipu mahupun
berbohong yang bukan-bukan kepada prospek/pelanggan dan juga kepada majikan
kita. Bertindak jujur dan ikhlas itulah penyelesaian terbaik agar
prospek/pelanggan akan lebih menghormati tindakan dan perbuatan kita jika kita
menghadapi masalah tidak dapat berurusan dengan mereka.
Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a,
katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW 'Di antara sabda para Nabi yang
terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai (sehingga kini) ialah Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka
hati kamu' (Daripada
kitab hadis 40 susunan Imam Nawawi).
Ingin Investasi aman dan terpercaya ? disini tempatnya
BalasPadamFor 4 Forex Investment Network, it is of immense importance to ascertain maximum risk management for our clients
RECOMENDED BUSINEES by LINX BISNIS