Orang Sales cukup suka kalau orang yang ditemui sememangnya menggemari
dengan kehadirannya. Maklumlah nak menjual sudah pasti tarikan dan kemesraan
yang kita berikan sebagai satu penawar pula kepada prospek/pelanggan yang
ditemui. Bukan untuk mem bodek atau meminta-meminta kepada mereka cuma sebagai
seorang konsultan profesional jualan menarik perhatian mereka terlalu penting
rasanya untuk kita pergunakan dan amalkan sepanjang masa.
Bagi menarik minat dan kepercayaan prospek/pelanggan yang ditemui beberapa
tindakan sewajarnya perlu dilakukan seperti berikut
i.
Tahu dalam bidang yang kita ceburi
Tunjukkan
kemahiran yang sewajarnya dan bukannya seperti melepaskan batuk di tangga.
Kerana itu pengetahuan dalam produk yang ditawarkan amat diperlukan. Jangan
main ikut suka-sukat hati sahaja. Kena mahirkan diri dan berpengetahuan penuh
dalam produk yang ditawarkan. Elakkan dengan mudahnya ketika bangkangan jualan
terjadi dan berlaku. Jangan meleret terlalu panjang tetapi biarlah tepat,
ringkas dan mudah untuk mereka fahami. Buktikan yang kita adalah pakar dan
mahir dalam produk yang kita tawarkan. Beri keyakinan kepada mereka agar lebih
mudah mereka yakin kepada kita pula.
ii.
Beri bantuan
Bantu,
bantu dan terus membantu tanpa berbelah bagi. Bantu mereka selesaikan masalah
yang mereka tanggung agar mereka boleh membantu kita untuk menerima tawaran
yang kita tawarkan. Jangan fikirkan keuntungan dari mereka tapi fikirkan apa
produk kita boleh bantu selesaikan masalah mereka. Kena set kan dalam fikiran
kita agar apa yang kita lakukan dalam jualan hanyalah semata-mata untuk
memberikan sebaik mungkin menghulurkan bantuan walaupun tanpa mereka minta sama
sekali.
iii.
Ketepikan kepentingan diri sendiri
Tolak
jauh-jauh dahulu memikirkan pendapatan tambahan, komisen atau ganjaran yang
bakal kita peroleh terlebih dahulu dari mereka menerima tawaran kita. Lagi
ramai kita bantu dan tolong prospek/pelanggan yang ditemui lagi banyak
kepentingan pada diri kita akan bakal kita peroleh. Kita bukan minta sedekah
tapi menghulurkan tangan memberikan bantuan kepada mereka. Bukankah tangan di atas
lebih baik daripada tangan di bawah? Oleh itu jangan difikirkan dahulu
kepentingan diri sendiri tapi fikirkan bagaimana dengan produk yang ada pada
kita dapat membantu mereka yang di luar sana.
iv.
Fokus beri tumpuan
Beri
tumpuan. Fokus sebaik-baiknya apabila berhadapan dengan prospek/pelanggan yang
ditemui. Jangan difikirkan masalah yang ada dan pelbagai lagi. Konsentrasi
dalam melakukan jualan perlu ada. Biar prospek/pelanggan ketahui yang kita
benar-benar melakukan jualan hanya kepada mereka sahaja untuk menarik minat dan
kepercayaan kepada kita. Serius dengan apa yang kita perkatakan bukannya ada
sebarang niat buruk dan ambil kesempatan di atas kelemahan mereka sendiri.
v.
Dorongan dan semangat
Kita yang
menjual, kena bagi semangat dan dorongan kepada mereka dahulu dengan cara
memaklumkan dengan sepenuh hati segala kelebihan dan manfaat yang bakal mereka
peroleh. Sesuatu yang ikhlas kita lakukan sudah pasti akan keikhlasan juga yang kita peroleh dari mereka. Berikan
dorongan dan semangat yang sewajarnya agar mereka lebih berminat dengan apa
yang kita tawarkan. Keputusannya nanti sudah pasti akan menggembirakan kita
juga.
Bertemu dengan prospek/pelanggan kena beri masa kita yang sewajarnya kepada
mereka tanpa berbelah bagi. Peruntukkan masa kita agar apabila kita telah
menyatakan masa tersebut pada diri kita sendiri maka tumpuan dan fokus pada
mereka lebih terserlah lagi. Kesungguhan dan keyakinan kita melakukan jualan
sudah pasti akan disedari oleh mereka. Berusahalah dengan lebih rajin
seolah-olah tiada siapa yang boleh menandingi keupayaan kita melakukan jualan.
Teruskan usaha secara konsisten agar kita boleh dan dapat memberikan sesuatu
yang terbaik khas kepada prospek/pelanggan kita sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan