Antara karier pekerjaan yang paling ramai cukup meluat untuk bertemu dan
berjumpa adalah orang yang melakukan jualan. Betul kah kenyataan ini? Mungkin
ada kebenarannya dan mungkin juga tidak. Semuanya bergantung kepada orang yang
melakukan jualan tersebut bergantung kepada niatnya. Mungkin si penjual yang
melakukan jualan mempunyai sebabnya yang tersendiri mengapa mulutnya tidak
berhenti tanpa sebab memberikan tajuk perbualan dengan menjual pada produk yang
ingin ditawarkan. Semuanya ada sebab dan tidak mungkin sama sekali tiada sebab
untuk dibicarakan.
Ini yang kadang kala akan menyebabkan orang akan lebih merasa boring dan
tertekan apabila bertemu dan bersua dengan orang jualan. Inilah yang membuatkan
pembeli merasa menyampah, takut dan terus meluat dengan kehadiran orang yang
menjual. Mungkin perkara-perkara sebegini akan menimbulkan lagi reaksi yang
negatif kepada pembeli-pembeli atau prospek/pelanggan yang ditemui iaitu
i.
Suka menunjuk
Seolah-olah
produk yang ditawarkannya adalah yang terbaik dan terkini mendapat sambutan
ramai seantero dunia. Tiada yang hebat melainkan produk dari dirinya sahaja.
Seolah-olah prospek/pelanggan yang ditemui tidak mengetahui apa-apa pun
melainkan tentang produk yang ditawarkan sahaja. Adakah ini yang kita amalkan
kepada mereka?
ii.
Terlalu menekan
Tidak kira
siapa, seolah-olah kita paksa mereka untuk menerima tawaran kita.
Terpinga-pinga prospek/pelanggan dibuatnya. Tidak memberi ruang langsung kepada
mereka untuk difikirkan. Pelbagai alasan diberikan ‘Tolonglah Encik, sasaran
saya belum mencukupi’, ‘hari ini langsung tiada siapa lagi yang mahu menerima
produk saya lagi’,’ encik tolong saya nanti Allah akan tolong banyak kepada
Encik’ dan pelbagai-bagai alasan dan rayuan yang akan didengari seolah-olah
bertemu dengan peminta sedekah pula di hadapan prospek/pelanggan. Selagi tidak
menerima tawaran yang dikemukakan selagi itulah tekanan demi tekanan akan
diberikan walaupun pujuk rayu terpaksa dilakukan.
iii.
Bertemu sahaja pasti diceritakan
Bertemu
sahaja pasti ada produk yang ingin ditawarkan kepada mereka. Nak lari jauh tak
boleh kerana sahabat, saudara mara, kenalan dan sebagainya. Semuanya
mempengaruhi. Tak terima takut berkecil hati dan bila dah terima asyik di ulang
kan perkara yang sama sahaja. Seolah-olah bila bertemu dengan orang yang
menjual sudah pasti tiada cerita lain yang ingin diceritakan melainkan produk
dia sahaja yang perlu kita dengari.
iv.
Tidak pedulikan hati dan perasaan orang lain
Hanya hati
dan perasaan kita sahaja yang kita jaga. Tapi bagaimana dengan hati dan
perasaan prospek/pelanggan yang ditemui? Adakah mereka benar-benar memerlukan
produk yang kita tawarkan ini kepada mereka. Adakah kita membantu atau terlalu
memikirkan keuntungan yang bakal kita peroleh dari mereka. Yang mana satu matlamat
kita? Adakah rasanya lebih baik produk kita habis dan laku di pasaran dari
memikirkan wang saku yang ada pada mereka? Selagi kita tidak pedulikan orang
lain selagi itulah orang lain tidak pedulikan dengan kita pula.
v.
Lebih bercakap dari mendengar
Sememangnya
melakukan jualan kerana ramah dan rajin membuka mulut melakukan penerangan demi
penerangan seperti mana yang dikehendaki. Konsep lakukan jualan kena sentiasa
ingat tentang nisbah ini iaitu 70/30 kena ada iaitu 70% mendengar manakala 30%
berikan penerangan dan bertanyakan soalan. Selagi kita tidak bertanya selagi
itu kita tidak akan tahu apa yang dikehendakinya. Biarlah berbuih mulut kita
beri penerangan namun apa masalah yang ditanggungnya langsung sama sekali tidak
kita ketahui. Elakkan ianya berlaku sama sekali.
Tolong elakkan perkara ini berlaku dan terjadi kepada kita. Jangan
timbulkan suasana dan keadaan sampai orang benci pula kepada kita. Berhati-hati
dalam melakukan jualan. Jangan syok sendiri. Jangan fikirkan apa yang kita buat
dan lakukan semuanya mudah diterima oleh orang lain. Elakkan dari melakukan
andaian dan tanggapan yang bukan-bukan pula kepada prospek/pelanggan yang
ditemui. Semuanya kena difikirkan dahulu sebelum melakukan tindakan sewajarnya.
Lebih baik ambil sikap berhati-hati dari prospek/pelanggan berhati-hati pula
tentang tindakan kita terhadap mereka. Wujudkan kemesraan dan kepercayaan
kepada mereka agar lebih mudah untuk kita mendapatkan penutupan jualan dari
mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan