Setiap produk yang kita mahu jualkan sudah pasti kita mahukan dana modal
yang telah dilaburkan akan didapati semula. Ini asas dalam perniagaan. Ada wang
keluar sebagai modal untuk dibelikan produk barangan untuk dibuat jualan pula.
Tiada siapa mahu menanggung rugi dan tiada siapa mahu hilang wang pelaburannya
sebagai modal perniagaannya. Adakah ini yang sebenarnya kita dapati hasil dari
cenderungnya kita melakukan jualan? Boleh menjual laku pula sudah pasti modal pelaburan
dapat diterima di samping keuntungan produk tersebut diperoleh.
Malangnya bagi kebanyakan orang indah khabar dari rupa. Bukan semua orang
dapat melakukannya dan selebihnya majoriti adalah gagal. Kenapa boleh berlaku
sedemikian rupa? Apa penyebabnya? Adakah menceburi bidang perniagaan ini kena
rugi dahulu baru boleh dapat untung yang sewajarnya yang tidak pasti bila boleh
diperoleh. Kenapa ia nya tidak semudah seperti mana yang dimaklumkan terlebih
dahulu. Mungkin faktor-faktor begini memainkan penyebabnya iaitu
i.
Mudah yakin dengan apa yang telah diterangkan
Terutamanya
kalau ‘DIRECT SELLING’ atau ‘TRADING’. Melakukannya hanya kerana kita mudah
percaya apa yang orang lain perkatakan. Terbeliak biji mata apabila seseorang
menceritakan untung puluh-puluh ribu boleh diperoleh dengan senang dan mudah.
Tak perlu bekerja keras dan bersungguh-sungguh. Semuanya boleh datang dengan
sendiri sahaja. Nampak macam tak logik tapi apa yang berlaku sebaliknya kita
mudah percaya di atas keyakinan mereka menjual kepada kita dan seolah-olah apa
yang diceritakan benar-benar ada kebenarannya hanya menunjukkan bukti
testimonial dan pelan perniagaan yang dibuat begitu cantik dan indah di depan
mata. Tapi percayalah tiada siapa yang mahu menceritakan tentang kegagalan
melainkan kejayaan sahaja yang mahu dimaklumkan. Kita berfikir banyak kali
sebelum kita lebih mudah untuk mempercayainya.
ii.
Tiada ilmu
Apa
perkara pun yang kita lakukan mesti kena ambil tahu dan berilmu. Bukan main
percaya yang melakukan jualan adalah satu sumber semula jadi boleh
melakukannya. Cukup sukar bila kita tak tahu macam mana nak buat jualan hanya
kerana kita tiada ilmu yang sewajarnya walaupun minat sudah ada untuk
melakukannya. Daripada Anas Bin Malik
bersabda Rasulullah SAW ‘Menuntut ilmu adalah wajib keatas setiap Muslim’
(Hadis Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya’la). Sebab itulah pentingnya kenapa perlu
ada ilmu pengetahuan sebelum kita boleh melangkah untuk melakukan jualan dengan
lebih berkesan lagi
iii.
Berpegang kepada prinsip ‘kalau orang lain boleh berjaya
kenapa aku tidak?’
Mungkin
konsep begini boleh kita praktik kan jika kita sudah lama melakukan jualan,
sebaik-baiknya pelajari dahulu bagaimana mereka melakukannya untuk kita lakukan
pula diubahsuai dengan keadaan dan kemampuan kita pula. Kalau dalam pelajaran
ataupun bekerja makan gaji bolehlah guna konsep ini. Tapi untuk orang yang nak
menjual nak dapat keuntungan kena pastikan apa yang kita lakukan kena ada
ilmunya terlebih dahulu ketahui tentang pengetahuan produk secara mendalam,
kemahiran skil yang perlu dipergunakan dan bagaimana untuk menarik minat orang
mengetahui apa yang kita jualkan kepada mereka. Jangan main ikut-ikut nanti tak
terikut. Kita juga yang susah nanti.
iv.
Mengharapkan bantuan orang lain
Satu lagi
penyakit yang ada pada mereka yang mula JOIN MLM ataupun barangan untuk
TRADING. Menjual kena lakukan sendiri, bukan bantuan kawan kita, penaja kita,
ahli keluarga kita dan sebagainya. Mungkin sekali dua bolehlah orang bantu.
Tapi kalau dah banyak kali tauke ayam boleh bankrap macam ni. Nak menjual
pastikan bukan kerana tawaran orang lain nak melakukannya kepada kita kerana
bantuan orang di masa hadapan tidak ketahui selama mana beliau akan membantu
kita. Fikirkan agar perkara yang sebegini mudah tidak berlaku di hadapan kita.
Berdikari dan jangan asyik harapkan bantuan orang sahaja.
v.
Nak untung cepat
Melabur
RM10 dah nak dapat RM20 dengan cepat dan segera macam ini. Susah macam ini
kalau nak berniaga. Berniaga kena bermula dengan kecil dahulu dan tidak
mengharapkan keuntungan boleh diperoleh dengan cepat dan segera seperti mee
segera. Kena kikis perasaan ini kalau kita nak lakukan jualan. Tiada perkara
yang mudah dan senang begitu sahaja. Kalau berlaku juga mungkin tuah dan
kebetulan. Elakkan berprasangka setiap apa yang kita jual pasti akan mendapat
imbuhan dengan cepat dan segera. Tiada yang mudah untuk menjadi mudah terlebih
dahulu.
vi.
Memikirkan pulangan keuntungan dari membantu orang
Nak untung sahaja. Bantu dan
tolong orang selesaikan masalah mereka melalui penggunaan produk yang kita
tawarkan. Tapi bukan senang nak merealisasikan kenyataan ini. Bukan senang
adalah kerana kita asyik fikirkan bagaimana nak dapatkan keuntungan dari jualan
produk yang kita jualkan kerana kita pasti akan merasakan betapa banyaknya duit
yang telah kita keluarkan untuk kita dapatkan semula duit yang telah
dilaburkan. Kerana itu kena belajar untuk memulakan dari sedikit dahulu. Memang
kadang kala pengeluar produk akan memberikan tawaran yang terbaik dengan
memulakan perniagaan yang dikehendaki kena keluarkan modal yang banyak sedikit
untuk dapatkan harga yang menarik. Menarik kerana pengeluar produk tersebut
mudah mendapatkan wangnya, merana disebabkan kita kena keluarkan wang simpanan
kita dahulu pula yang kononnya produk ditawarkan boleh didapati dengan harga promosi,
murah dan mudah. Malangnya kita langsung tidak memikirkan dahulu bagaimana kita
nak jualkan segera kepada prospek/pelanggan kita terlebih dahulu kerana terlalu
sibuk mengejar harga yang dikatakan murah untuk dimiliki. Yang untungnya siapa?
Sememangnya melakukan jualan kena ada untung dan ruginya. Semuanya terletak
pada diri kita sendiri dan bukannya orang lain. Mereka yang menyuruh kita
menjual sebenarnya mereka yang untung dulu dan bukannya kita. Dengan
bahasa-bahasa yang indah dan memikat hati kita mereka seolah-olah menyuruh kita
menjual pelbagai produk yang mereka keluarkan tapi dengan syarat kita kena beli
dulu barangan mereka tidak kira kita guna sebagai uji kaji untuk diri kita
ataupun dijual terus kepada orang lain. Inilah strategi jualan yang telah
mereka gunakan kepada kita. Berfikirlah dengan sebaik yang mungkin agar suatu
hari nanti apa yang ingin kita jualkan produk tersebut adalah produk yang betul-betul
datangnya dari minat kita sendiri dan bukannya atas faktor-faktor yang
dinyatakan seperti di atas. Hanya kesungguhan sahaja yang dapat kita berikan
bersesuaian dengan produk yang kita ketahui dan minat sama sekali. Percayalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan