Semuanya mengatakan kena ada strategi dalam melakukan tugasan. Tapi apa
sebenarnya strategi yang dikehendaki? Apa yang perlu dilakukan demi mencapai
keputusan terbaik dalam melakukan tugasan jualan. Betul atau tidak apa yang
kita lakukan selama ini? Bagaimana dengan pencapaian kita sepatutnya? Terlalu
banyak persoalan yang perlu kita hadapi dalam memastikan bagaimana perancangan
yang kita tetapkan bersesuaian dengan tindakan yang akan kita lakukan. Biar
selari dengan kemampuan kita mencapai matlamat yang ditetapkan supaya dapat
dilakukan dengan baik sama sekali.
Antara strategi-strategi perancangan yang agak ‘simple’ dan ringkas adalah
dengan cara
i.
Beri lebih banyak perhatian
Beri
tumpuan beri fokus yang betul setiap masa. Kena ingat apa tujuan sebenar kita
melakukan jualan. Bukan nak suruh kita buat jualan kerana dah tiada kerja lain
yang dilakukan dalam jualan. Jangan lakukan jualan demi terpaksa tapi
lakukanlah ia kerana kesungguhan dan minat kita untuk melakukannya. Bila
tumpuan dah ada dengan fokus akan apa yang ingin kita lakukan, pasti akan
banyak membantu untuk kita lakukan dengan yang terbaik tanpa adanya gangguan
dan halangan yang perlu kita tempuhi auntuk di atasi.
ii.
Jangan membazir masa
Semua
orang mempunyai had masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Pergunakan masa yang
ada dengan sebaik mungkin agar masa yang ada pada kita tidak terbuang begitu
sahaja dengan perkara yang bukan-bukan. Pengurusan masa sangat penting. Kita
yang membazir masa bermakna kita beri peluang berapa banyak kita akan
menanggung kerugian di kemudian hari. Sepatutnya boleh tambah pendapatan dan
perolehan tapi malangnya apa yang kita peroleh hanyalah rugi masa hilang punca
pendapatan.
iii.
Elakkan pembaziran di tempat yang tidak betul
Setiap
kali lakukan jualan sasarkan prospek/pelanggan yang sepatutnya. Jangan main
hentam kromo sahaja. Pemilihan prospek/pelanggan mestilah betul dan tepat agar
tiada pembaziran pula yang berlaku baik bagi masa mahupun lokasi yang akan kita
pergi tunaikan temu janji yang ditetapkan. Semuanya kena ada strategi yang
betul dalam pemilihan prospek/pelanggan.
iv.
Capai setiap sasaran yang diberikan
Tiada
istilah putus asa atau mencari tuah di badan sahaja. Kena usaha kena lakukan sendiri.
Setiap sasaran yang diberikan kena capai melebihi 100% pencapaian. Jangan kerja
ikut suka di hati tapi pastikan setiap arahan yang diberi diikuti dengan baik
sama sekali mengikut kreativiti kita sendiri. Kepuasan melakukan tugasan akan
lebih terserlah rasanya jika sasaran yang ditetapkan kita berupaya untuk
mencapainya sebaik yang mungkin.
v.
Perkembangkan pendapatan atasi pendapatan yang lepas
Jangan
biarkan pendapatan kita yang ada begitu statik sahaja perolehan kita. Kita
perkembangkan setiap bulan biar ada peningkatannya setiap masa. Jangan jadikan
pendapatan kita seperti yo-yo sekejap naik sekejap turun. Elakkan sama sekali
tetapi jadikan pendapatan kita seolah-olah seperti mendaki gunung yang tinggi
semakin meningkat semakin luas pemandangan kita melihat keindahan dan
kecantikan ciptaan Allah SWT. Begitulah juga dengan usaha, semakin bersungguh
kita lakukan semakin tinggi perolehan yang boleh di capai. Bila perolehan yang
banyak boleh didapati sudah tentu apa juga yang kita ingini pasti boleh diperoleh
mengikut apa yang kita idam-idamkan selama ini
vi.
Tunaikan setiap janji yang telah diberikan
Melakukan
jualan sudah semestinya pelbagai janji manis akan diberikan demi memastikan apa
juga yang kita sampaikan dan berikan telah dilakukan dengan sebaik yang
mungkin. Berpegang teguh dengan janji. Begitu juga dengan organisasi yang kita
wakili, tunaikan janji kita bukan setakat nak dapat perolehan yang tinggi
semata-mata tetapi sasaran yang telah dibekalkan kepada kita juga harus
dipastikan ia nya tercapai sama.
Teruskan usaha tentukan strategi yang kita lakukan adalah berkaitan terus
dengan apa yang kita lakukan. Nak berstrategi biarlah demi kemajuan karier kita
dalam melakukan jualan dan tidak sama sekali meranapkan apa yang kita lakukan
selama ini. Nak berjaya kena ada strategi dan tahu mencari jalannya dan bukan
sama sekali tahu mencari alasannya. Orang yang berjaya alasannya hanya kejayaan
sahaja tidak lebih daripada itu. Buatlah yang terbaik agar yang terbaik juga
akan kita peroleh di hujung masa nanti. Elakkan kekecewaan di akhirnya dengan
memastikan permulaan tugasan jualan bermula dengan kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan