Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 5 Disember 2012

FAHAMI DAHULU SEBELUM MENJUAL



Memahami tentang prospek/pelanggan amat diperlukan terlebih dahulu bagi memudahkan lagi tindakan sewajarnya dalam melakukan jualan. Apabila kita telah mengenali prospek/pelanggan tersebut maka penawaran produk akan lebih memudahkan tindakan kita. Kesukaran menjual akan timbul apabila kita dapati prospek/pelanggan yang ditemui akan memberikan pelbagai alasan yang mungkin juga tidak munasabah untuk kita menerimanya hanya kerana keengganan mereka untuk menerima tawaran yang ditawarkan.



Sebagai langkah berjaga-jaga dan berwaspada agar kekecewaan tidak berlaku dan terjadi, kenali dahulu apa yang prospek/pelanggan yang ditemui nanti tentang latar belakangnya terlebih dahulu dan itu adalah lebih baik dari melakukan jualan tanpa tiada diketahui apa-apa pun. Kerana sibuk memikirkan produk kita adalah terbaik di pasaran kita telah abaikan apa yang sepatutnya kita ambil tahu. Empat faktor yang perlu kita ketahui dalam mencapai kejayaan melakukan jualan terhadap prospek/pelanggan yang ditemui adalah 

i.                     Ketakutan yang dialami
Apa yang telah dialaminya ataupun pengalaman dari orang lain akan mengajar dirinya untuk lebih berhati-hati dalam menerima tawaran yang ditawarkan. Tiada siapa mahu dirinya dibeli oleh orang melainkan prospek/pelanggan tersebut cukup merasakan apa yang dimahukan dan diinginkan benar-benar difahami dan mengerti bahawa produk yang ditawarkan kepada dirinya sememangnya dapat membantu dirinya semula. Pengalaman akan mengajar diri mereka terlebih dahulu sebelum boleh mempercayai produk yang ditawarkan. Kita kena bersedia menghadapi situasi seperti begini agar keyakinan mereka dapat dipulihkan semula menerima produk yang ditawarkan dan pengalaman yang telah dilalui boleh dikembalikan semula ke landasan yang sewajarnya.

ii.                   Kemahuannya
Nak cerita tentang apa yang dimahukan, semua orang sememangnya berkehendakkan. Cuma yang membatasinya adalah sama ada ia nya mampu atau tidak untuk mereka memilikinya. Terdapat batasan dan halangannya terlebih dahulu tentang kemampuannya. Kerana itu apa yang prospek/pelanggan mahukan, kita kena ambil berat dan prihatin sama sekali. Mereka akan dapat bilamana mereka telah layak untuk mendapatkannya. Bila sudah tahu bermakna mereka akan mula tercari-cari sehingga mereka peroleh. Inilah kesempatan yang perlu kita pergunakan agar kemahuan mereka kita ambil berat memahami akan apa yang mereka mahukan.

iii.                  Kehendaknya
Kita berkehendakkan kepada prospek/pelanggan yang ditemui kena pastikan dahulu yang mereka cukup berkehendakkan apa yang ingin kita tawarkan kepada mereka. Berkehendakkan bermakna sememangnya mereka amat mahukan dan memerlukan. Cuma menunggu tawaran yang terbaik sahaja untuk memenuhi apa yang mereka cari selama ini. Apabila kita ketahui apa yang mereka berkehendakkan produk yang ditawarkan boleh menyelesaikan masalah mereka, pergunakan dengan sebaik yang mungkin melalui penerangan yang dipersembahkan yang memberikan kebenaran yang berfakta supaya dapat memikat lagi kefahaman dan kehendak mereka dapat dipenuhi dengan sebaik yang mungkin.

iv.                Keinginannya
Keinginan adalah naluri dalaman yang amat memerlukan. Hanya disebabkan keinginan mungkin disebabkan hebahan mulut atau promosi-promosi yang dilakukan boleh menyebabkan prospek/pelanggan merasakan amat teruja dan pasti mahu memiliki produk yang ditawarkan tanpa kita perlu memberikan penerangan dan penjelasan yang sedalamnya terhadap mereka. Keinginan prospek/pelanggan akan membantu kita dalam mempercepatkan lagi proses penutupan jualan seperti mana yang kita harapkan hanya kerana sifat mereka yang sudah teruja dengan produk yang ditawarkan. Hanya menanti apa solusi dan penyelesaian terbaik yang boleh kita tawarkan kepada mereka mencapai kata sepakat.


Begitulah yang perlu kita amalkan dan terapkan dalam kita melakukan jualan tanpa perlu bersusah payah melakukan jualan, kita ketahui dahulu apa yang mereka risaukan, mahukan, berkehendakkan dan seterusnya keinginan mereka sudah pasti akan lebih menyenangkan kita melakukan tawaran yang sewajarnya. Jangan mudah memberi andaian dan tanggapan semuanya boleh dan senang sahaja untuk dilakukan. Tanpa mengenal pasti lakukan sedikit penyelidikan  dan ketahui permintaan pasaran ke atas prospek/pelanggan sudah semestinya apa yang kita harapkan tidak ke mana juga akhirnya. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian perlu diterapkan dalam diri kita melakukan jualan agar kekecewaan nanti dapat diatasi dahulu di peringkat awal lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan