Bagi membentuk tim jualan yang mantap dan disegani ramai, kesetiaan
dikalangan tim jualan amat diperlukan. Jikalau tim jualan tersebut terlalu
kerap bertukar ganti ahli-ahli dalam tim tersebut maka usaha untuk pembentukkan
tim yang baik di hormati lawan tentu sukar sama sekali untuk dibina. Masa akan
lebih terbuang dan hilang begitu sahaja. Bukan kerana hilangnya masa melakukan
jualan tetapi hilangnya masa dalam pembentukan melatih dan mengajar tim jualan
yang baru untuk diserapkan dalam tim jualan tersebut. Baru nak dikira pandai
larilah pula ke organisasi yang lain pula mencari tawaran yang lebih baik dan
mempersonakan. Bagi ketua atau pengurus tim jualan tersebut langkah awal
terpaksa bermula sekali lagi apabila ahli baru dalam tim jualan tersebut
terpaksa dilatih dan diajar pula.
Amat memenatkan dan mengecewakan jika kita setiap kali berlaku sebegini.
Pandai nya belum lagi tapi terpaksa pula mencari yang baru lagi gara-gara
kesetiaan pada ahli jualan yang ada hilang meninggalkan begitu sahaja. Oleh itu
sebgai seorang ketua atau pengurus kena pastikan perkara-perkara berikut dapat
dilakukan agar kesetiaan mereka kepada tugasan yang dilakukan, organisasi
tempat mereka bernaung dan produk yang akan ditawarkan dapat dilakukan dengan
sesempurna yang mungkin.
Mungkin perkara-perkara ini dapat diwujudkan demi menjaga kesetiaan mereka
kepada tim jualan yang serba ada ini iaitu
i.
Pendapatan dan imbuhan
Perkara
paling utama yang tidak boleh dipisahkan. Memainkan peranan paling penting
untuk menarik minat orang bekerja dan bertugas melakukan jualan. Lagi tinggi
pendapatan, komisen, insentif dan ganjaran yang diterima lagi bersemangat
seseorang itu untuk bekerja walaupun 24 jam sehari 7 hari seminggupun boleh
dilakukan. Sememangnya wang merupakan satu faktor yang penting bagi
menggalakkan lagi seseorang untuk melakukan tugasan bersungguh-sungguh. Kerana
itu dalam menjaga kesetiaan mereka segala pendapatan dan imbuhan kena diberi
penjagaan yang sewajarnya dan jangan sama sekali dilengah-lengahkan pembayaran
pendapatan dan segala imbuhan kepada ahli tim jualan tersebut.
ii.
Rakan setugas
Rakan
setugas yang baik adalah saling memberikan pertolongan, bantuan dan kata-kata
semangat kepada rakan setugasnya yang lain. Walaupun mereka sama-sama berjuang
untuk menambah pendapatan di poket masing-masing tetapi semangat untuk menjaga
nama dan maruah tim jualan tetap bersemadi dalam hati dan sanubari sesama
meraka. Tidak sama sekali menjatuhkan maruah sama sendiri, mengata dibelakang
rakan sekerja mereka dan memburuk-burukkan sesama mereka itu yang mereka jaga
sama sekali. Semangat ukhwah sangat kental dan sukar untuk dipecah belahkan.
Bila keadaan seperti ini berlaku sudah tentu kesetiaan di dalam tim jualan
semestinya menjadi tinggi dan tidak mudah rapuh sama sekali.
iii.
Organisasi
Organisasi
yang menjaga kebajikan tim jualan pasti diberi keutamaan dalam kesetiaan
seseorang terhadap organisasi yang diwakili. Bukan setakat imbuhan gaji dan
pendapatan sahaja tetapi dari segi kemudahan perubatan, berehat, bersolat dan
bercuti pasti akan menarik minat ahli-ahli dalam tim jualan tersebut setia
kepada organisasi.
iv.
Ketuanya
Ketua yang
ambil berat tentang anak buahnya pasti akan lebih dihormati dan disegani dan
bukannya mencipta ketakutan dan kegusaran dikalangan ahli tim jualan. Apabila
ketua mengambil berat apa yang berlaku sudah pasti anak buahnya akan mengambil
berat tentang prestasinya. Ada masalah cuba selesaikan, ada yang capai sasaran
raikan bersama dan ada berita yang mengembiran penghargaan terus diberikan.
Itulah amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan agar apa juga yang
berlaku dan terjadi dapat ditempuhi secara bersama dalam semangat berkumpulan
yang utuh dan kuat sama sekali.
v.
Produk yang ditawarkan
Produk
yang mudah dijual dan memberi kefahaman yang memudahkan pasti akan meyenangkan
seseorang untuk melakukan jualan. Bila dah senang untuk menjual dengan pelbagai
bantuan jualan yang diberikan seperti kits jualan, katalog dan sebagainya sudah
pasti akan memudahkan tugasan. Bila semuanya dah nampak mudah dan senang untuk
melakukan jualan sudah pasti kesetiaan terhadap kerja juga boleh dibentuk dan
dijaga tanpa perlu merasa risau.
vi.
Penghargaan
Perbanyakkan penghargaan
seperti ucapan terima kasih, tahniah dan cuba lagi sering diucap dan
disampaikan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan. Jangan mudah melatah tapi
berilah teguran yang paling rasional dan lembut tanpa mengguriskan hati
seseorang. Lagi banyak penghargaan diberikan walaupun hanya dengan ucapan mulut
sahaja itupun sudah dikira amat memadai kerana orang-orang jualan sememangnya
suka sangat dipuji. Biarkan mereka sentiasa merasakan tim jualan yang mereka
sertai ini adalah satu pasukan yang paling menyeronokkan dan gembira untuk
melakukan jualan demi jualan tapa merasakan tekanan tugasan yang mendatang.
Memang akan dilalui dengan pelbagai halangan,cabaran dan dugaan dengan
penuh kesabaran dan ketabahan yang tinggi. Ajarilah dengan sebaik yang mungkin dengan
cara didikan dan latihan yang betul dan wajar. Terapkan disiplin yang tinggi
tanpa perlu merasa berbelah bagi. Keikhlasan dan kejujuran melakukannya perlu
ada ahli semua ahli-ahli dalam tim jualan tidak merasa dianak tirikan dan
diambil perhatian berat sebelah sahaja. Elakkan dari diskriminasi dan provokasi
dalam tim jualan tetapi terapkan keharmonian dan semangat tolong menolong
sesama mereka. Tunjukkan kegembiraan mereka dengan memudahkan segala tugasan
jualan mereka dan jauhinya sama sekali dari perkara-perkara yang menyukarkan
tindakan mereka. Selagi boleh berkompromi dan berinteraksi selagi itulah
kekuatan ukhwah dalam tim jualan tersebut dapat dibina dengan baik sama sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan