Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 17 Disember 2012

Ukhuwah pertuturan dalam Tim Jualan



Bagi menjamin semangat persahabatan, ukhuwah dan silaturahim yang kuat dan jitu di dalam tim jualan adalah disarankan agar setiap perbualan dan perkataan yang diutarakan sebaik-baiknya perlulah diungkap dan diucapkan dengan sebaik yang mungkin. Tiada yang menyentuh perasaan orang lain, menyakiti hatinya dan menaikkan kemarahan seseorang amat digalakkan sama sekali. Bekerja dalam satu tim jualan yang penuh dengan pelbagai ragam dan karenah perlu diawasi sentiasa agar permusuhan dan perbalahan dapat dielakkan sama sekali.

Semua orang sibuk mencari rezeki demi menampung kehidupan sehari-hari. Jangan ada sama sekali menabur pasir di dalam periuk nasinya begitulah juga kita kepada orang lain pula. Semuanya kena dijaga secara bersama dan bukannya buat tidak tahu sahaja. Kerana itu, setiap percakapan, perbualan dan ungkapan yang keluar dari mulut kita perlu yang amat sangat untuk dijaga dengan baik sebaik-baiknya. Hati dan perasaan rakan sekerja perlu dijaga sama sebagaimana kita mahu agar orang lain juga tidak mudah menyakitkan dan mempersendakan hati kita juga.

Mungkin ungkapan-ungkapan sebegini perlu sentiasa ada pada diri kita demi menjaga keharmonian ukhuwah mengikat silaturahim semasa bekerja dan bertugas secara bersama dalam tim jualan iaitu

i.                     Terima kasih

ii.                   Tumpang tanya kalau ada apa-apa masalah yang saya boleh bantu

iii.                  Saya yakin dan percaya di atas apa yang anda telah lakukan

iv.                 Sememangnya saya benar-benar tidak mengetahuinya

v.                   Jika tidak keberatan mungkin boleh kita berkongsi sama pengalaman anda

vi.                 Saya sedia mendengarnya, beri tahulah dengan lebih lanjut

vii.                Saya hanya ingin mendapat kepastian sahaja

viii.              Saya akan tetap menyokong apa yang anda lakukan

ix.                 Bagaimana jika.....

x.                   Bagi saya ruang untuk memikirkannya dahulu

xi.                 Tahniah, anda memang berhak untuk mendapatkannya

xii.                Anda betul, saya yakin dengan anda

xiii.              Saya faham

xiv.              Mungkin apa yang berlaku ini semuanya ujian Allah

xv.               Kena berhati-hati dari melakukan kesilapan

xvi.              Amat mengagumi prestasi anda, boleh kita berkongsi pengalaman

Tom Stoyan, motivator dan jurulatih jualan dari Kanada ada mengatakan bahawa ‘Perkara utama apabila melakukan jualan adalah kepercayaan’. Sebenarnya banyak lagi yang boleh diperkatakan mengikut keadaan dan situasi yang kita tempuhi bersama dengan rakan sekerja kita. Menjaga keharmonian dalam tim jualan adalah baik dari kita terlalu sibuk dengan menjaga diri kita seorang diri. Kita di dunia ini hidup bermasyarakat dan bukannya hidup berseorangan. Belajarlah per tingkatkan ukhuwah sesama ahli dalam tim jualan kita demi memastikan setiap sasaran dan pencapaian yang diperoleh adalah untuk tim jualan yang kita anggotai dan tidak sama sekali sesiapapun dapat mengaibkan tim jualan ini walaupun apa pun yang berlaku dan terjadi.



2 ulasan:

  1. saya baru terlibat dalam dunia pemasaran. saya bayak berlajar dari blog tuan harap tuan halalkan ilmu ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas kesudian berminat dalam ilmu jualan yang dipaparkan. harapan saya agar dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan Encik diluar sana bagi manfaat bersama dunia dan akhirat. Terima kasih sekali lagi

      Padam