Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 25 Disember 2012

PENTINGNYA KEJUJURAN



Satu sikap dan tabiat yang perlu ada dalam melakukan jualan adalah kejujuran. Menjual begitu sahaja memang boleh. Tapi kalau di campur dengan kejujuran yang mengakibatkan prospek/pelanggan akan lebih mempercayainya. Tiada pembohongan, kekeliruan atau ke tidak amanah yang membolehkan seseorang prospek/pelanggan akan hilang kepercayaannya kepada kita. Jujur dalam erti kata membantu bersungguh-sungguh demi menyelesaikan masalah yang dihadapinya amat diperlukan sama sekali.

Kejujuran di dalam menjual amat diperlukan bagi memastikan bahawa

i.                     Prospek/pelanggan boleh mempercayai apa yang kita jualkan atau tawarkan

ii.                   Akan menimbulkan rasa percaya dan mudah tertarik dengan kita yang menjual

iii.                  Lebih rasa hormat prospek/pelanggan terhadap kita

iv.                Mudah melakukan jualan berulang 

v.                  Hebahan mulut tentang produk kita amat mudah tersebar dengan baiknya

vi.                Memberikan impak yang amat bagus kepada kita dalam melakukan jualan

Di zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al-Khattab RA. Merupakan pemimpin yang tegas dan teliti di masa  itu,  terdapat penjual susu yang suka mencampurkan susu dengan air untuk dapat untung yang banyak dan lebih tanpa memikirkan hukum halal dan haramnya. Suatu hari tatkala Sayidina Umar yang terlah mengetahui penipuan tersebut pernah mencurahkan susu itu ke tanah kerana tidak senang dengan penyelewengan yang berlaku. Tindakan tegas telah diambil dengan Sayidina Umar mengeluarkan arahan untuk mengharamkan penjualan susu yang di campur dengan air.

Sayidina Umar telah mengetahui bahawa susu yang dijual tersebut telah di campur dengan air apabila pada satu hari Sayidina Umar berehat sebentar di sebuah bangunan sambil bersandar ke dinding. Kebetulan semasa beliau bersandar tersebut tiba-tiba terdengar perbualan antara seorang ibu dengan anak perempuannya di mana dengan sewenang-wenangnya si ibu menyuruh anaknya menambah air ke dalam susu untuk dijual. Agak malang bagi si ibu tersebut apabila si anak tersebut tidak mahu dan menolak apa yang disuruh oleh ibunya untuk dilakukannya kerana takut kepada Allah. Ketakutan si anak tersebut akan hukum Allah amat dirasainya. Bukan setakat Allah sahaja yang ditakuti tetapi juga dia sangat patuh kepada perintah yang dikeluarkan oleh Amirul Mukminin tersebut kerana baginya tidak baik dan elok baginya hanya kerana  dia mentaati Sayidina Umar di hadapannya sahaja namun menderhakanya apabila di belakang Sayidina Umar.

Kagum dengan apa yang didengarinya hanya kerana kejujuran dan kemurnian hati anak perempuan tersebut lalu Sayidina Umar menghantar rombongan meminang untuk anaknya Ashim kerana bagi Sayidina Umar tahu bahawa perempuan tersebut adalah seorang mukminah dan diyakini berupaya melahirkan zuriat yang berakhlak terpuji.

Iktibar dan pengajaran dalam melakukan jualan. Kejujuran amat diperlukan sama sekali. Hanya mementingkan keuntungan dan perolehan yang bakal yang diperoleh kita sanggup melakukan penipuan dan tidak jujur akan atas apa yang kita lakukan. Bila orang tahu kita adalah penipu dan tidak jujur sama sekali sampai bila prospek/pelanggan sudah pasti tidak akan mempercayai lagi terhadap kita. Elakkan sama sekali agar ia nya tidak berlaku dan terjadi kepada kita. Sabda Rasulullah SAW bermaksud "Hendaklah kamu selalu berbuat jujur, sebab kejujuran membimbing ke arah kebajikan, dan kebajikan membimbing ke arah syurga. Tiada henti-hentinya seseorang berbuat jujur dan bersungguh-sungguh dalam melakukan kejujuran sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Dan hindarilah perbuatan dusta. Sebab dusta membimbing ke arah kejelikan. Dan kejelikan membimbing ke arah neraka. Tiada henti-hentinya seseorang berbuat dusta dan bersungguh-sungguh dalam melakukan dusta sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai pendusta" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan