Beria-ia melakukan jualan pada prospek/pelanggan cukup malang rasanya
apabila jawapan yang sebegini pula kita terima iaitu
‘saya belum berminat lagi’
‘awat lambat.... saya baru
sahaja mengambilnya dari orang lain”
‘rasanya belum
berkehendakkan lagi buat waktu sekarang’
‘tak apa bila saya mahu nanti
saya akan hubungi awak semula, jangan risau”
‘dah, dah cukuplah, memang
saya tak mahu...’
Macam-macam yang kita terima pelbagai alasan yang dikemukakan dan diberikan
untuk tidak mahu menerima tawaran yang dikemukakan. Penat macam ni. Wang, masa
dan tenaga telah banyak dicurahkan dan dihabiskan begitu sahaja namun hasil
yang diharapkan menjelma tidak kunjung tiba. Apa yang harus dilakukan.
Inilah yang perlu kita lakukan apabila berhadapan dengan prospek/pelanggan jika
berlaku dan terjadi kepada kita. Mungkin cara dan kaedah yang dinyatakan ini sebagai
satu cadangan untuk kita lakukan apabila situasi sebegini terjadi dan berlaku
kepada kita iaitu
i.
Berikan penghargaan
Ucapkan
terima kasih di atas kesudian meluangkan masa kepada kita walaupun hati turut
sama sekali terasa terkilannya. Fikir positif sebagai satu ujian dari Allah
untuk kita bersabar dan berusaha dengan lebih bersungguh lagi. Jangan mudah
berputus asa tapi jadikan pendorong dan penambah pengalaman kerana apa juga
pengalaman yang kita tempuh sudah pasti tidak boleh kita dapati di mana juga
melainkan situasi sebegini yang kita tempuh dengan sendirinya sebagai
mematangkan diri kita melakukan jualan.
ii.
Mohon pengesahan
Lakukan
secara berhemah dan bersopan dapatkan pengesahan dahulu sebelum beredar
meninggalkan tempat prospek/pelanggan begitu sahaja. Jangan suka-suka hati
memberikan kesimpulan dengan segera tanpa kita ketahui apa yang sebenarnya
prospek/pelanggan mahukan. Dapatkan pengesahan dari mereka sama ada mereka
benar-benar tidak berminat atau bagaimana. Yang penting tebalkan muka hati kena
kering untuk melakukannya.
iii.
Masukkan dalam senarai di masa hadapan
Mungkin
bukan di masa kini tapi mungkin di masa hadapan. Tiada siapa yang boleh
mengetahuinya apa yang akan berlaku di masa akan datang. Semuanya Allah yang
tentukan dengan syarat kita rajin berusaha tidak kira masa dan harinya. Mungkin
di masa kini mereka tidak berminat, tak tahu lagi di masa hadapan. Semuanya
atas kerajinan dan usaha kita juga untuk mencubanya di lain kali dan di waktu
yang berbeza pula. Yang penting jangan mudah dipotong nama mereka tapi
diletakkan semula untuk melakukan temu janji terhadap mereka di masa hadapan.
Sekali kita gagal bukan bermakna kita akan gagal selama-lamanya.
iv.
Tanyakan ada apa-apa bantuan dan pertolongan yang perlu
diberikan
Lain produk
lain jalan penyelesaiannya. Kenali apa yang mereka perlukan supaya produk yang ditawarkan
boleh disesuaikan dengan masalah yang mereka tanggung selama ini. Tidak
semuanya sama. Lain padang lain belalangnya. Kena ambil tahu dan prihatin sedikit
akan apa yang kita lakukan bersesuaian dengan masalah yang ditanggung oleh
mereka selama ini. Makin cepat kita ketahui permasalahan mereka makin mudah
untuk kita hulurkan bantuan dan pertolongan kepada mereka tanpa perlu rasa ragu
sama sekali.
Yang penting jangan mudah putus asa dan kecewa. Bersabar dan bertenang
sentiasa. Gagal sekali bukan bermakna gagal setiap masa. Setiap persoalan sudah
pasti ada jalan penyelesaiannya. Teruskan usaha lipat gandakan lagi pencarian
yang bersesuaian dengan prospek/pelanggan yang berjaya ditetapkan melalui temu
janji. Sentiasa bersopan dan berhemah tunjukkan yang kita hadir di hadapan
mereka adalah untuk membantu sebaik yang mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan