Setiap manusia sudah pasti melakukan kesilapan dan kesalahan sama ada sedar
ataupun tidak. Tiada sesiapapun yang ingin sentiasa melakukan kesilapan dan
kesalahan ini. Terutama bagi kita yang melakukan jualan berdampingan dan
berhadapan dengan prospek/pelanggan semuanya perlu dijaga dengan baik dan
teliti. Balik dari tugasan luaran dan berada di pejabat pula semua prosedur,
tata cara kerja secara praktisnya, manual dan peraturan tugasan dan pejabat
perlu diikuti dengan sepenuh hati.
Kerana itu kita di saran agar jangan melakukan kesilapan dan kesalahan yang
tidak sepatutnya. Belajar, menjadikan diri kita ini seorang yang sempurna demi
memikul tanggungjawab dan amanah yang telah ditetapkan kepada kita. Kalau kita
berani mengambil tawaran pekerjaan yang ditawarkan kepada kita di waktu
pembabitan awal kita bekerja bermakna kita secara sukarela telah bersetuju
untuk menerima akan apa juga peraturan, prosedur dan tata cara kerja yang perlu
kita ikutkan. Bukan untuk mengajar menjadi ‘Pak Turut’ dalam organisasi ini
tetapi akan menjadikan diri kita ini lebih kepada didikan mendidik dan belajar
mentaati supaya berdisiplin mematuhi apa juga peraturan yang telah ditetapkan.
Itu baru peraturan dan polisi pekerjaan. Bagaimana pula prospek/pelanggan
yang bakal dan telah kita temui. Semuanya perlu dilakukan dengan sesempurna dan
sebaik yang mungkin. Bukan setakat memastikan tiada kesilapan menghubungi
pelanggan, penetapan masa temu janji, melakukan presentasi, perundingan
tawaran, penutupan jualan semuanya kena betul serta tepat cara dan kaedahnya.
Kerana itu sebelum melakukan jualan atau ingin menambah kemahiran, kaedah ‘ROLE
PLAY’ bersama rakan setugas amat-amat digalakkan.
Terdapat satu kaedah yang di kenali sebagai 5S bagi memastikan diri kita
ini mampu menangani kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan iaitu
i.
SISIH (Buang semua)
Apa yang
dimaksudkan dengan sisih adalah kita sanggup membuang semua kesilapan dan
kesalah yang telah kita lakukan agar apa yang telah terjadi dan berlaku kepada
kita di masa hadapan tidak akan berulang lagi. Pastikan mana yang baik
dijadikan iktibar dan pengajaran manakala yang memudaratkan pula hendaklah
ditinggalkan sahaja. Lakukan mana yang memberi kesan yang terbaik buat kita
semua sebagai satu pengalaman yang tidak mudah untuk dilupakan.
ii.
SUSUN (beri
keutamaan)
Atur satu
persatu yang mana mengikut keperluan segera dari kehendak tugasan kerja
dan kemahuan pelanggan. Jangan main
semberono sahaja belasah tak tentu hala. Kena tahu yang mana satu menjadi
keutamaan dan kemestian yang perlu dilakukan agar kesilapan dapat dihindarkan
sama sekali. Bertindak mengikut apa yang kita fikirkan dahulu dan bukannya
bertindak tidak perlu difikirkan apa-apa.
iii.
SAPU (buang yang tidak elok)
Dah tahu
kesilapan dan kesalahan kalau itu yang kita lakukan, bermakna kita kena
tinggalkan segera abaikan dan pelajari agar ia nya tidak di ulangi sama sekali.
Buang terus sama sekali jangan dibiarkan ia nya akan datang semula kepada kita
melakukannya sekali lagi. Bila dah berubah kena lakukan yang kesilapan tersebut
adalah benar-benar kesilapan dan bukannya untuk dibuat-buat sesuka hati.
iv.
SERAGAM (jaga standard)
Kualiti
tugasan perlu ada. Piawaian tugasan memenuhi standard yang ditetapkan perlu
lebih tinggi dari majikan peruntukkan. Kita fahami betul-betul apa yang
standard tugasan yang telah kita mahukan dan tetapkan agar diri kita sentiasa
mengawai dari melakukan perkara-perkara yang silap dan tidak betul selalu
walaupun perkara tersebut di anggap kecil sahaja. Semuanya memerlukan disiplin
yang sewajarnya. Bertindak mengikut arahan dan bukannya melakukan sesuka hati
sahaja.
v.
SENTIASA AMAL
Dah tahu yang mana
salah dan mana yang kena lakukan, kena pastikan selepas ini di tinggalkan dan
jangan sama sekali di ulangi semula. Nekad untuk melakukan yang terbaik
terhadap organisasi mahupun kepada pelanggan perlu ditanam dengan segera.
Bertindak melakukan dengan kesempurnaan tanpa melakukan sebarang kesilapan
mahupun kesalahan yang mungkin satu hari nanti boleh menjejaskan kerjaya dan
kredibiliti kita. Teruskan amal mana yang baik dari kita menanggung risiko
kegelapan di masa hadapan. Bila dah didapati bersalah apa yang kita lakukan,
percayalah tiada siapapun yang akan tampil untuk menolong dan membantu diri
kita.
Bertindak dengan kewajaran yang sepatutnya. Jangan sama sekali diturutkan
hati yang mudah panas. Kadang-kadang apa yang kita rasakan betul dan benar tapi
sebenarnya kemudian hari baru kita sedari tindakan kita itu sebenarnya tidak
betul dan benar sama sekali. Berfikir dahulu dan bukannya bertindak dahulu.
Terlajak perahu boleh ditarik balik tapi kalau dah terlajak kata dan perbuatan
sudah pasti nak gostan balik semestinya kesukaran yang amat sangat untuk
dilaksanakan. Berhati-hatilah agar ianya tidak menjejaskan maruah, kredibiliti,
kepercayaan orang dan karier kerjaya kita pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan