KENA TULIS KENA TAMPAL (2T)
Penetapan matlamat perlu dilakukan. Nak lakukan kena ada caranya. Bukan
main ingat dalam pemikiran kita sahaja. Kerana kita mudah lupa dan alpa.
Memikirkan yang lain kita terus terlupa untuk memikirkan sentiasa matlamat yang
telah ditetapkan. Nak tetapkan sesuatu dalam pemikiran kita perlu ada
kaedahnya. Biarlah orang lain melihatnya, mengejek dan memandang rendah akan
keupayaan kita asalkan dalam fikiran kita tetap mengingatinya walau apa pun
yang berlaku dan terjadi.
Bukan untuk menyusahkan atau lakukan kerana mengelakkan dari ditegur atau
dimarahi. Adalah penting untuk mempunyai matlamat yang kena dituliskan di atas
kertas, bukan main ingat sahaja, di taip kan sahaja dalam komputer, bersembang
kosong pada kawan-kawan atau menulis sahaja di diari peribadi yang selepas itu
disimpan begitu sahaja. Apabila di tulis di atas kertas pastikan pula selepas
itu ditampal pula. Jangan tulis lepas tu dah tak ingat pula di mana kertas yang
kita tuliskan sebentar tadi diletakkan.
Semuanya kena ada disiplin dan rasa
tanggungjawab yang tinggi untuk melakukannya.
Ada kaedahnya kenapa matlamat perlu ditulis dan ditampal. Perbuatan 2T (Tulis dan Tampal) ini perlu
dilakukan bagi tujuan
i.
Ketahui dan ingat akan aktiviti tertentu apa yang
perlu dilakukan
ii.
Memahami berapa banyak amaunnya yang perlu
dicapai. Kalau masih belum lagi tercapai, berapa banyak lagi yang perlu
diperoleh
iii.
Memahat terus dalam pemikiran atau otak supaya
kita sentiasa ingat apa yang kita perlu lakukan. Membayangkan apa yang perlu
kita cari dan kita kejar setiap masa sebagai satu peringatan buat diri kita
sendiri.
iv.
Mengelak diri kita dari lupa atau terganggu dari
perkara-perkara yang lain
v.
Fokus dan terus fokus apa yang kita lakukan
Bila perkara ini kita lakukan sudah pasti komitmen dengan sendirinya akan
hadir. Hanya komitmen akan membantu kita mencapai matlamat yang kita ingin
capai. Serius dalam tugasan menganggapkan betapa bertanggungjawabnya dan amanah
yang perlu dipikul. Jangan pandang mudah perkara 2T kerana ini periuk nasi
kita, masa depan kita dan seterusnya karier kerja kita yang perlu dijaga demi
masa depan kita. Kejayaan hanya boleh diperoleh apabila kita benar-benar
berdisiplin untuk melakukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan