Dari sudut fizikal semuanya sama sahaja. Tiada satu pun
ada perbezaannya. Cukup segala sifat yang telah Allah kurniakan. Tapi yang
peliknya kenapa mereka yang lain boleh berjaya dari kita. Apa kelebihan dan
kehebatan yang ada pada mereka? Lekeh sangat kah kita ini? Atau kita masih
belum bersedia untuk melakukan jualan seperti mana yang mereka lakukan? Inilah
yang harus kita fikirkan dan lakukan ambil tindakan yang sepatutnya dan
sewajarnya demi kebaikan untuk diri kita sendiri.
Firman Allah bermaksud “Kemudian Dia
menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan
bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati.” (Surah
As-Sajdah Ayat 9). Bukti dari Allah yang menjadikan setiap manusia itu tiada
bezanya sama sekali antara satu dengan yang lain. Jadi apa yang perlu
dihairankan tentang prestasi hebat mereka itu kerana kalau tidak setara dengan
mereka pun bermakna kita pun boleh juga hebat mengatasi prestasi mereka.
Kalau mereka boleh melakukannya bermakna kita juga boleh
melakukannya juga. Kenapa tidak? Kerana
mereka pun sama seperti kita. Tiada beza pun antara dia dan kita. Untuk maju
dan berjaya, kita kena ada menyimpan sifat
cemburu dengan kejayaan orang lain. Kena cabar diri kita untuk berusaha bersungguh-sungguh secara konsisten
mengatasi lebih dari orang lain lakukan. Dalam tugasan jualan ini, tiada siapa pun
yang hendak mencabar diri kita melakukannya yang terbaik melainkan dari diri
kita sendiri. Tiada siapa pun yang inginkan kita berjaya dari mereka melainkan
diri kita sendiri juga.
Kalau sukar sangat nak lakukan jualan jalan pintasnya adalah kena belajar dan
pelajari dari mereka yang telah berjaya. Jangan nak berlagak sombong dan
meninggi diri tak tentu hala. Tunggu apa lagi, cepat dan segera lakukan
tindakan buka mulut dan bertanya sampai kita dapat cara dan kaedahnya. Dah
dapat tiru sahaja tak perlu fikir apa-apa pun. Bukan ada akta dan peraturan
dalam negara kita yang melarang dan mencegah diri kita meniru sesuatu dari
orang yang berjaya melakukannya. Tiada istilah malu dan merendah diri
membiarkan kita asyik berada di prestasi tingkat bawahan sahaja. Jangan sama
sekali membiarkan orang lain begitu mudah membuli kita atas sebab prestasi kita
yang tidak seberapa ini. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Selagi
kita berdiam diri selagi itulah kita tidak akan ke mana. Impian untuk berjaya
sudah semestinya tinggal impian sahaja. Cakap sahaja gah tapi malangnya
prestasi kita tetap merudum.
Perlunya ada nya sikap cemburu pada kejayaan orang lain
mestilah ditanam sebaik-baiknya untuk membentuk satu sikap daya saing dan
persaingan yang sihat. Jadikan sebagai
satu peransang dan dorongan. Pastikan bahawa cemburu yang ada bukannya satu
sikap cemburu yang membawa kepada dengki dan iri hati menjatuhkan saingan kita
walaupun rakan setugas yang duduk di sebelah kita. Tak payahlah berjumpa dengan
Tok Bomoh atau dukun handalan hanya semata-mata kita cemburu dengan kejayaan
yang telah beliau peroleh. Berfikirlah dengan baik, buat seperti mana yang
beliau lakukan untuk mencapai kejayaan, kita lakukan yang lebih baik dari apa
yang telah beliau lakukan selama ini.
Perasaan cemburu ini patut ada sepatutnya lebih-lebih
lagi apabila mereka yang di pandang lemah, lebih muda, baru menceburi bidang
jualan , kurang upaya dan kurang kelulusan akademiknya masih mampu mencapai
satu pencapaian yang amat luar biasa, memberangsangkan dan membanggakan. Inilah
tindakan yang perlu kita fikirkan dengan cepat bagaimana kita dapat perbaiki
dari masa ke semasa prestasi lemah kita ke tahap yang sepatutnya. Tanamlah
sikap cemburu kepada orang yang berjaya dan mengatasi diri kita ini agar kita
sentiasa sedar dan mahu perbetulkan semula agar sentiasa berada di puncak
kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan