Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 20 Oktober 2012

TEMUI KEPERCAYAAN



Bukan mudah dan senang nak dapatkan kepercayaan prospek/pelanggan yang ditemui apabila penawaran produk dilakukan. Tapi tidak sama sekali mustahil untuk dilakukan. Tidak ada perkara yang senang menjadi begitu mudah untuk ditempuhi. Pasti ada halangannya, pasti ada dugaannya untuk kita hadapi. Yang penting jangan mudah mengalah dan putus asa. Teruskan usaha teruskan tindakan agar hasil yang diingini pasti menjelma juga.

Jangan mudah risau apabila melakukan jualan. Setiap masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya. Yang penting dapatkan temu janji adakan pertemuan, lakukan presentasi dan seterusnya dapatkan keyakinan mereka terlebih dahulu. Keyakinan mereka amat diperlukan. Yakin pada produk yang ditawarkan dan yakin pada diri kita sendiri yang menawarkan kepada mereka. Semuanya perlukan kesabaran. Bagi mendapatkan keyakinan prospek/pelanggan tersebut dengan mudah dan senang sekali, beberapa perkara berikut perlu kita lakukan iaitu

i.                    Tahu apa yang kita perkatakan

Bila dah bertemu jangan main belasah sahaja apa yang hendak kita perkatakan. Berikan presentasi yang terbaik pernah kita lakukan agar prospek/pelanggan benar-benar faham apa yang kita sampaikan kepada mereka. Banyakkan memberi perkhabaran tentang kelebihan dan manfaat yang bakal mereka peroleh dari menceritakan ciri-ciri produk tersebut. Kerana itu kita di saran untuk mengetahui lebih lanjut dan mendalam tentang produk yang hendak ditawarkan menonjolkan diri kita sebagai seorang konsultan produk tersebut. Bila mereka dah berminat sudah pasti keyakinan mereka secara automatik pasti menjelma juga akhirnya.

ii.                  Keyakinan diri

Tunjukkan keyakinan diri yang tinggi seolah-olah kita sahaja di dalam dunia ini yang amat mahir dan tahu akan produk yang ditawarkan kepada prospek/pelanggan. Jangan ditunjukkan kerisauan dan kesusahan yang timbul dalam hati dan perasaan kita tapi berikan persembahan terbaik dalam presentasi kita kepadanya. Bila kita yakin sudah pasti tidak apa siapa lagi yang boleh menghalang kita dari melakukan jualan dengan sebaik yang mungkin. Kita adalah penentu segala-galanya bagi mendapatkan keyakinan mereka terhadap diri kita juga.

iii.                Jangan fikirkan keuntungan dahulu

Asas melakukan jualan adalah bantu dan tolong mereka sebaik yang mungkin. Kosongkan dahulu dalam fikiran kita bagi memperoleh sebarang keuntungan dan perolehan pendapatan. Tunjukkan kita amat mengambil berat akan keperluan dan kemahuan mereka. Produk kita sahaja yang mampu menyelesaikan masalah mereka tanpa perlu mereka mencari-carinya di tempat lain. Tunjukkan kesediaan kita untuk membantu dan amat prihatin masalah yang mereka tanggung selama ini.

iv.                 Bersedia menghadapi bangkangan

Semakin kuat prospek/pelanggan melakukan bangkangan dan bantahan bermakna semakin hampir kepada penutupan jualan. Ini petuanya. Jangan risau dan susah hati kerana bagi mendapatkan keyakinan mereka terhadap kita, sudah pasti kita akan diuji terlebih dahulu. Tiada siapa pun yang ingin menanggung kerugian asalkan mereka mula merasakan amat rugi pula jika tidak mendapatkannya produk yang terbaik di pasaran berada di hadapan mata mereka. Kerana itu mereka akan mula banyak membangkang dari banyak bersetuju terlebih dahulu bagi tujuan mendapatkan keyakinan yang sepatutnya sebelum menerima tawaran yang dikemukakan.

Jelas di sini, keyakinan mereka amat diperlukan bagi mendapatkan penutupan jualan berlaku. Jujur dalam apa juga perbuatan dan tindakan kita. Bersungguh-sungguh memberikan bantuan dan pertolongan. Jangan disukarkan tapi dipermudahkan. Tunjukkan kelebihan dan manfaatnya apa yang boleh mereka peroleh.  Kita yakin dengan produk yang ditawarkan prospek/pelanggan yang ditemui juga sudah pasti turut yakin dengan apa yang kita tawarkan. Berusahalah dengan lebih konsisten dan bersungguh-sungguh kerana setiap usaha yang dilakukan sudah pasti akan dibayar dengan kejayaan yang dimahukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan