Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 17 Oktober 2012

Kualiti kena hebat



Kualiti yang diperlukan telah pun kita fahami dan dalami apa dia. Tetapi sejauh mana kualiti tersebut dapat dikekalkan sampai bila-bila? Mesti ada cara dan kaedahnya agar apa yang kita lakukan dalam jualan sentiasa dipercayai dan diterima dengan mudah apabila kita berurusan dengan orang. Nak dapatkan kepercayaan seseorang memerlukan kualiti tugasan yang dikehendaki mengikut apa yang mereka mahukan dan bukan sama sekali mematuhi akan apa yang kita mahukan. Bila mereka sudah berpuas hati dan mengetahui bagaimana kita lakukan sudah pasti kepercayaan akan timbul dihati dan perasaan mereka tanpa perlu dipaksa-paksa.

Oleh yang demikian untuk memastikan kualiti yang dikehendaki ini tercapai dan disempurnakan dengan mengikut apa yang dimahukan, beberapa perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan kejayaan dan kemahuan dapat dilakukan dengan sebaik mungkin. Jangan mudah mendabik dada perkatakan apa yang kita lakukan adalah semuanya betul dan benar sama sekali. Kena lakukan muhasabah juga agar apa yang dilakukan sentiasa berkualiti dengan memastikan apa kekurangan dan kesilapan yang telah dilakukan sama sekali tidak diulangi sama sekali. Tindakan-tindakan yang perlu dilakukan adalah 

i.                    Analisis
Lakukan analisis yang sepatutnya. Lakukan kajian yang seharusnya agar kualiti dikehendaki paling tidak pun sentiasa setara seperti mana yang diperlukan dan dimahukan melakukan kesempurnaan sebaik mungkin. Jangan mudah merasakan kita lakukan sentiasa betul sahaja tanpa kita sedari sebenarnya tidak mematuhi piawaian yang sebenarnya. Berhati-hati dalam setiap tindakan yang dilakukan.

ii.                  Per tingkatkan
Perkemaskan dari masa ke semasa. Jangan di tangguh lagi tindakan kita. Buat baik sebaik-baiknya tanpa perlu berdengung memikirkan apakah betul ataupun tidak. Kena ada kreativiti. Kena ada keyakinan. Barulah boleh kita pertingkatkan nya mengikut apa yang diperlukan oleh prospek/pelanggan kita. Seperti mencari data-data prospek, kena cari yang berkualiti sebagai sasaran utama agar lebih mudah lagi mendapatkan temu janji. Semuanya kena berkualiti agar hasil yang diterima juga sudah pasti berkualiti juga.

iii.                Pemantauan
Pantau bukan santau adalah perkara yang dimestikan kita lakukan. Dari pemilihan prospek, temu janji, presentasi, runding cara dan penutupan jualan semuanya kena pantau. Kalau tiada siapa yang hendak memantau sudah pasti ia nya tidak ke mana juga tindakan kita. Lihatlah polis trafik yang menjalankan tugasan beliau. Sentiasa memantau seluruh sistem jalan raya agar mereka benar-benar memastikan kelancaran kenderaan bergerak mengikut apa yang telah ditetapkan. Tanpa pemantauan sudah pasti prestasi kita akan tidak kita ketahui sama ada boleh bergerak jauh ataupun tidak.

Pentingnya kualiti kalau kita benar-benar melakukannya. Bila telah berkualiti tugasan kita maka apa yang kita idamkan dan rancang kan sudah pasti akan kita genggam juga akhirnya. Yang penting jangan mudah mendabik dada dan melenting cepat merasakan apa yang kita lakukan selama ini telah benar-benar berkualiti seperti mana yang dikehendaki. Renung sejenak dan berfikiran waras tanya pada diri sendiri adakah telah cukup ataupun tidak akan apa yang kita lakukan selama ini. Bila kita bersungguh dan melakukan dengan konsisten sudah pasti ia akan menjelma juga akhirnya.

Saidina Ali k.wj berkata bermaksud "Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang ..dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang..dan dosa yang dilakukan akan terus kekal".







Tiada ulasan:

Catat Ulasan