Perasan tak kita apabila kita mengunjungi
kedai-kedai makanan India Muslim? Dengan menawarkan perkhidmatan yang segera
tanpa perlunya menunggu lama telah memberikan satu impak yang besar dan
berkesan kepada penggemar-penggemar makanan mereka. Walaupun perniagaan
dijalankan 24 jam namun sambutannya tidak putus sama sekali bilangan ramainya
pengunjung yang mengunjungi premis mereka.
Selain daripada perkataan Assalamualaikum,
tulisan khat Allah dan Muhammad ada di gantung didinding premis mereka namun
apa yang paling menarik adalah nombor 786. Nombor yang cukup keramat bagi
mereka sama ada di papan tanda di kedai-kedai perniagaan mereka dipaparkan
ataupun di dinding pintu masuk dan kaunter pembayaran. Pasti ada. Adalah
difahamkan bahawa nombor 786 menjadi ingatan
kepada peniaga agar memulakan perniagaan dengan bacaan ungkapan bismillah. Ia
melambangkan proses pendidikan perniagaan bermatlamat ibadah. Penggunaan nombor
786 sangat ketara digunakan oleh peniaga-peniaga India Muslim di mana juga.
Walaupun bilangan bismillah tidaklah sampai kepada 786 tetapi adalah bilangan yang berdasarkan ini
adalah dipercayai dari pengiraan yang telah dilakukan semenjak zaman abasiyah
lagi mengikut gaya penulisan tulisan Arab.
Adalah dipercayai juga ia nya
adalah melambangkan proses penciptaan keuntungan dalam perniagaan dan
pengurusan modal pusingan bagi sebarang perniagaan yang diceburi. Formulanya
ialah jika modal berjumlah tujuh ringgit, jual pada nilai lapan ringgit.
Pusingkan modal semula sebanyak enam ringgit. Ia memberi gambaran peniaga mesti
mendapatkan harga bahan mentah lebih murah daripada pembekal selepas berlaku
transaksi dan pembelian bahan mentah kali kedua bagi terus bertahan dalam
pasaran.
Dilihat dari kaca mata
ibadah, nombor 786 menjadi ingatan kepada peniaga mengikut mazhab mereka agar
memulakan perniagaan dengan bacaan bismillah. Ia melambangkan proses pendidikan
perniagaan bermatlamat ibadah. Kerana kekuatan ibadahlah menjadi tunjang kuat
kepada mereka bagi memastikan perniagaan India Muslim kekal relevan dalam
industri di dalam negara kita. Ia menjadi kekuatan dan stabiliti perniagaan
meskipun dihimpit krisis kenaikan harga yang semakin meruncing di masa kini.
Begitulah hebatnya
penggunaan ayat Bismillah. Ringkas, mudah dan senang untuk diingati dan dibaca.
Bukan disuruh menghafal dan percaya akan kewujudan nombor 786 tapi
penggunaan kalimah Bismillah perlu ada diri kita apabila kita melakukan
jualan sebaik-baiknya sebelum kita melakukannya lagi. Bacalah Bismillah
terlebih dahulu sebelum melakukan apa juga pekerjaan yang hendak dilakukan. Dapat
pahala, di kira satu ibadah dan yang paling penting sentiasa kita mengingati
Allah SWT. Begitulah hebatnya penggunaan kalimah Bismillah jika kita dapat
mengamalkannya sentiasa bukan sahaja ketika melakukan jualan tetapi dijadikan
satu tabiat dalam diri kita dalam melakukan apa juga tindakan dan perbuatan
kita yang dimulai terlebih dahulu dengan kalimah Bismillah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan