Tekanan perasaan atau STRESS sering kali terjadi dan berlaku tidak kira apa
juga keadaan atau apa yang kita lakukan. Tanpa dirancang dan disedari pastinya
akan berlaku. Sering kali jika keadaan TENSION ini berlaku maka jiwa dan
perasaan kita akan turut sama menjadi longlai dan merudum tidak tentu hala
dibuatnya. Hilang segala MOOD untuk melakukan tugasan. Ini belum datang lagi
penyakit darah tinggi, migrain dan sebagainya. Semuanya itu punca untuk
melemahkan lagi kita bagi melakukan tugasan jualan sepertimana yang diharapkan.
Mengikut fisiologi orang-orang barat mengatakan bahawa apabila kita
mempunyai dan mengalami tekanan, STRESS ataupun TENSION terdapat kaedah 3A yang
boleh kita gunai pakai bagi tujuan menyelesaikan apa yang kita tanggung selama
ini. Asalkan ia nya dapat membantu kita apa salahnya untuk kita pergunakan.
Antara kaedah 3A tersebut adalah
i.
ALTER
Ubah apa
yang patut dan difikirkan apa tindakan perlu untuk diatasi sebaik mungkin.
Fikirkan jalan terbaik untuk cari jalan terbaik untuk menyelesaikannya. Semakin
lama dibiarkan semakin teruk akan rasanya nanti sehingga boleh mengakibatkan ia
nya berada di luar kawalan. Selesaikan dahulu sebaik mungkin dengan kemampuan
kita yang sedia ada. Jangan dilayan tekanan yang ada tapi cari solusi terbaik
macamana nak atasinya.
ii.
AVOID
Langkah
terbaik. Kalau boleh elakkan, ini sepatutnya kita lakukan. Dari kita menanggung
tekanan yang bukan-bukan sehingga boleh menyusahkan diri kita eloklah di
elakkan sama sekali. Kalau boleh langkah seribu dilakukan itu lebih baik.
Mungkin perkara ini boleh kita duga tetapi bagaimana kalau perkara yang kita
hadapi nanti di luar daripada kawalan diri kita? Ambil sikap berhati-hati dari
terus suka menerima apa yang ada.
iii.
ADAPT
Kaedah yang
boleh kita lakukan antara suka ataupun tidak adalah cuba dengan sedaya upaya
untuk menyesuaikan diri kita dengan masalah yang dihadapi. Jangan lari tapi pasrah
dengan apa yang berlaku. Jangan merungut dan membebel yang bukan-bukan keran ia
nya akan memberi impak yang lebih negatif lagi terhadap diri kita. Belajar
untuk menjadi pasrah dari mengatakan yang bukan-bukan. Kesabaran amat
diperlukan pada tahap ini yang akan membentuk ketabahan dan tenang hadapi apa
juga cabaran,masalah dan dugaan yang menimpa.
Bagi kita yang beragama Islam bagi mengelakkan kita dari menghadapi masalah
yang berat dirasakan sehingga boleh menimbulkan tekanan, STRESS ataupun TENSION
yang keterlaluan alangkah baiknya jika kita sentiasa dapat mengamalkan
pembacaan Al-Quran setiap hari walaupun sedikit dan tidak dilupakan sama sekali
sentiasa berdoa ke hadrat Allah. Itulah amalan yang terbaik yang perlu
dilakukan. Paling tidak lakukan secara konsisten tidak kiralah sama ada kita
sedang menghadapi tekanan ataupun tidak. Jangan pula bila kita mempunyai
tekanan tugasan baru nak terhegeh-hegeh ingatkan Allah. Barulah nak mula berdoa
dan teraba-raba mencari dan membaca Al-Quran. Bila dah senang, berlapang dada
dan tiada masalah langsung yang dihadapi tolonglah jangan pula diabaikan apa
yang dituntut kepada Allah.
Firman Allah bermaksud ‘Allah tidak akan
membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala
dari kebajikan yang diusahakan dan mendapat seksa dari kejahatan yang
dikerjakannya. (Mereka berdoa) “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika
kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada
kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang
sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang
tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan
rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum
yang kafir’ (Surah Al-Baqarah Ayat 286).
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup
kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih
besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu
darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana
dan kesusahan tersebut” (Hadis Riwayat al-Hakim)
Yang penting jangan panik, mudah melatah, menggelabah, kecewa yang amat
sangat, putus asa dan maklum kesedihan hati dalam FACEBOOK kita pula. Ini
semuanya sama sekali tidak membantu kita. Ada kaedahnya. Kena atasi dan cari
sebaik mungkin. Yang penting kita tahu mana cara yang terbaik untuk kita
atasinya. Allah sentiasa membantu kita asalkan kita sama sekali tidak melupakan
Nya sama sekali. Setiap yang berlaku itu ada hikmah dan ujian dari Allah. Sudah
pasti lambat laun ada jalan penyelesaiannya mengikut kesesuaian dan kemampuan
diri kita sendiri. Selagi kita melayan tekanan yang ada selagi itulah kita akan
sukar melakukan jualan walaupun prospek/pelanggan telahpun berada dihadapan
mata kita. Sudah pasti gagal dan hilang begitu sahaja tanpa kita sedari. Adakah
ini yang kita mahukan? Berfikirlah sebaik mungkin dan kawal emosi kita dimana
juga kita berada. InsyaAllah, Allah akan sentiasa membantu kita asalkan kita
tidak pernah lupa kepada Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan