Keliru? Tak tahu yang mana satu yang nak dilakukan. Apa yang paling
bersesuaian melakukan jualan. Jangan mengharapkan keuntungan dahulu tapi bantu
dan tolong sedaya upaya kita. Jangan mudah mendabik dada dan melakukan andaian bahawa
jualan cukup mudah tapi sebaik-baiknya lakukan perancangan sebaik yang mungkin.
Pilihlah yang mana satu kaedah melakukan jualan seperti di bawah ini. Kita akan
ketahui di mana sepatutnya kita lakukan sesuai dengan penawaran produk yang
kita lakukan.
Menerima tempahan. Seperti di kedai makan. Berdiri tegak menunggu
pelanggan datang ambil pesanan dari menu-menu yang disediakan. Cukup mudah dan
senang. Mengharapkan pelanggan datang berdasarkan iklan yang disiarkan atau
papan tanda yang terpampang. Tidak perlu lakukan jualan mengharapkan kesudian
orang yang datang menjadi pelanggan. Elok apa yang kita lakukan sudah pasti
pelanggan tersebut akan datang lagi. Bagi kedai makan, makanannya sedap dan
harga berpatutan sudah pasti mereka akan datang mencarinya tanpa perlu kita
mencari mereka. Cukup mudah.
Promoter. Melakukan jualan tanpa perlu mencari pelanggan. Tunggu sahaja di tempat
yang dikhaskan. Ada orang datang barulah menawarkan produk yang ingin
dijualnya. Tidak perlu mengetahui latar belakang bakal pelanggannya. Yang
penting pelanggan tersebut berminat untuk membelinya. Pujuk dan merayu selalu
dipergunakan kaedah ini. Tidak perlu memikirkan berapa bajet mereka cuma
pastikan mereka berminat dan hendak membelinya. Kalau tidak berminat tidak apa
kerana masih ada orang lain pula yang akan mengunjungi tempat promoter
tersebut.
Konsultan jualan. Memberikan idea yang terbaik tentang
penyelesaian masalah yang ditanggung oleh prospek/pelanggan. Kena cari
prospek/pelanggan yang dikehendaki. Ada sasaran prospek/pelanggan yang
dimahukan. Kena ketahui dengan baik walaupun sedikit tentang latar belakangnya.
Dapatkan temu janji bagi memudahkan penerangan melalui presentasi dapat
dilakukan. Beri bantuan bukan menjual. Kemukakan jalan penyelesaian kepada
permasalahan yang ditanggungnya selam ini. Tarik minatnya dengan cara memberi
maklumat tentang segala kelebihan dan kehebatan produk yang ditawarkan. Ketahui
masalahnya agar mudah memberi satu solusi yang diperlukan olehnya.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Bersemangatlah
dalam hal yang bermanfaat bagi mu, dan mintalah pertolongan kepada Allah, serta
janganlah lemah.” (Hadis Riwayat Muslim).
Pilihan di tangan kita sama ada kita lakukan jualan hanya menunggu sahaja
tanpa penerangan seperti penerima tempahan atau menunggu sahaja tapi kena
lakukan juga penerangan seperti promoter ataupun konsultan jualan kena cari dan
kena bagi penerangan. Mungkin juga gabungan ketiga-tiganya sekali. Tepuk dada
tanyalah selera yang mana satu yang perlu kita lakukan. Nak peroleh pendapatan
yang tinggi dan profesional kena fikirkan yang mana satu yang terbaik. Tidak
mengeluh tidak merungut tapi lakukan sahaja baru tahu sama adakah ia nya
berkesan ataupun tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan