Kesempurnaan adalah tindakan terbaik dalam
melakukan jualan. Tiada siapa pun menginginkan kesilapan dan kesalahan. Semua orang
mahukan yang sempurna agar prospek/pelanggan yang ditemui mudah terpikat dan
menerima apa yang ditawarkan. Tidak kira apa pun yang terjadi sama ada
bangkangan jualan, ketidakpuasan hati atau penolakan terjadi sekurang-kurangnya
tindakan terbaik kita dalam melakukan jualan pasti sedikit sebanyak
meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka. Ini yang kita mahukan. Mungkin
sekarang kita gagal mendapatkan
penutupan jualan darinya tapi tidak mustahil di masa hadapan kita boleh peroleh
daripadanya pula.
Kerana itu kita kena berhati-hati dan berwaspada
sentiasa akan apa yang kita lakukan. Jangan mudah melakukan andaian apa tah
lagi melakukan sebarang tindakan di luar daripada kebiasaannya atau pemikiran
kita. Tiada kepentingan diri mengatasi kehendak prospek/pelanggan walaupun
perolehan komisen ataupun pendapatan hasil dari jualan tersebut amat-amat kita
perlukan. Teruskan sahaja membantu selesaikan permasalahan mereka hanya dengan
penggunaan produk yang kita tawarkan.
Elakkan dari melakukan tindakan yang bodoh demi
mempermudah kan lagi kita menambahkan perolehan dan pendapatan yang diingini.
Kerana tindakan bodoh dari kita sendiri ini, bukan sahaja penutupan jualan
tidak mudah untuk diperoleh tetapi juga prospek/pelanggan sudah pasti sampai
bila-bila tidak akan mempercayai kita walaupun banyak pertemuan telah pun
dilakukan dan terjadi. Antara tindakan-tindakan yang TIDAK SEPATUTNYA dan
amat-amat perlu dielakkan adalah
i.
Menjawab bantahan
yang tiada jalan penyelesaiannya
ii.
Masih menjual
ciri-ciri produk dan bukannya manfaat
iii.
Menipu dan mudah
mengambil kesempatan di atas kelemahan prospek/pelanggan
iv.
Bercakap lebih dari
mendengar apabila melakukan temu janji
v.
Nak dapatkan temu
janji masih gagal hanya disebabkan sibuk bercakap dan terus bercakap
vi.
Mudah merasakan penutupan
jualan sebagai penamat perhubungan walaupun mengetahui yang penutupan jualan
tersebut adalah permulaan pada kita untuk menjaga perhubungan kepada pelanggan
sampai bila-bila.
vii.
Minta rujukan
(referral) dengan begitu cepat sekali tanpa memikirkan apa waktu yang
bersesuaian pada pelanggan yang ditemui
viii.
Tidak melakukan
saringan sasaran prospek/pelanggan yang sewajarnya
ix.
Asyik dan masih suka
menangguhkan tugasan melakukan jualan
x.
Lebih banyak percaya
kepada nasib dari usaha diri sendiri
Berfikir dahulu sebelum tindakan boleh dilakukan
dan bukannya tindakan dilakukan tanpa difikirkan dahulu. Kerana itu perancangan
kena ada. Kena catat kan ia dalam buku peribadi kita tentang apa yang perlu
kita perlu lakukan agar apa yang kita buat terancang dan penuh dengan
berstrategi. Allah SWT berfirman yang bermaksud “Katakanlah
(Wahai Muhammad)”Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah
dan Rasul Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan
kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara yang
ghaib dan yang nyata, kemudian dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah
kerjakan” (Surah At Taubah ayat 105). Pastikan selepas ini tiada
sebarang tindakan YANG TIDAK SEPATUTNYA dan mengecewakan diri akan berlaku lagi
kepada kita agar lebih mudah dan senang untuk mendapatkan lagi penutupan jualan
sebanyak yang mungkin sepertimana yang diharapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan