Sembilan bulan telah berlalu, hanya tiga bulan lagi yang ditempuh bagi
tahun 2012 sebagai penamat bagi tahun ini. Adakah kita semua telah berpuas hati
dengan pencapaian selama ini? Memadai kah pengorbanan dan kesungguhan kita
melakukan tugasan yang diminta sepanjang sembilan bulan yang telah kita lakukan
selama ini? Adakah kita benar-benar merealisasikan tanggungjawab sebenar kita melakukan
jualan? Inilah persoalan yang perlu kita pikul untuk tiga bulan ini bermula
dari bulan Oktober ini.
Tiada penangguhan. Jangan pandang belakang lagi. Tapi berikan tumpuan
sepenuh tenaga dan kudrat yang ada bagi memastikan kita benar-benar layak
sebagai pemenang di Akhir garisan nanti pada 31hb Disember 2012. Jangan mudah
mendabik dada, tapi muhasabahlah semula di mana kegagalan kita apa penyebabnya
agar perkara yang salah dan silap tidak berlaku lagi di masa hadapan.
Bagi memastikan PECUTAN SUKU BULAN TERAKHIR memperoleh hasil yang
dimahukan beberapa perkara seperti berikut mesti dilaksanakan iaitu
i.
Sasaran tahunan dipenuhi
Tinggal 3
bulan lagi untuk bertindak. Lakukan pengiraan semula dan dapatkan jumlah
sebenar yang hendak di capai dibahagi tiga bagi ketahui sasaran bulanan baru
untuk dilakukan. Tak buat mesti tak tahu. Bila dah lakukan senang sedikit akan
apa yang ingin kita pikul dan lakukan pula.
ii.
Lakukan tindakan yang sememangnya telah berhasil
Sepatutnya
dah melalui fasa telah mengetahui apa tindakan sewajarnya yang boleh memberikan
pulangan yang paling cukup berkesan kepada diri kita mendapatkan penutupan-penutupan
yang kita boleh dapat hasilnya. Jangan buat yang pelik-pelik tapi lakukan
langkah-langkah sepatutnya yang membolehkan kita mencapai kejayaan. Belajar
dari pengalaman dan dari orang yang telah berjaya melakukannya. Tak salah
mencedok dari orang lain kerana kejayaan mereka tiada akta hak cipta untuk
diambil dan dipergunakan oleh kita pula. Teruskan usaha secara konsisten dan
bersungguh.
iii.
Tindakan perlu segera dan patuhi prosedur yang
ditetapkan
Bertindak
segera dan dalam masa yang sama segala peraturan dan prosidur tempat kita
bernaung jangan sama sekali kita abaikan. Bertindak segera dan cepat agar
pesaing tidak mengambil hak kita larinya prospek/pelanggan kepada mereka pula.
Demi mencapai kejayaan pastikan jangan pula segala peraturan dan prosidur kita
abaikan sahaja dan habis kita redah begitu sahaja ikut suka hati kita sahaja.
Dah bertahan lama kena ikut disiplin peraturan yang ditetapkan. Macam kita
memandu kenderaan bila masa lampu merah pastikan berhenti dan bukannya tekan
minyak terus menerus pecut lagi.
iv.
Jangan abaikan aktiviti-aktiviti jualan
Kembali
kepada asal. Jangan diabaikan. Edaran flyers, pembukaan kaunter, taklimat dan mempamerkan
kain rentang perlu diadakan secara konsisten dan jangan sama sekali diabaikan. Tiada
aktiviti sudah pasti hasil tidak ke mana kerana mengharapkan
pelanggan-pelanggan ‘walk-in’ sahaja sudah pasti tidak memadai dan mencukupi.
Bila aktiviti dilakukan dan hebahan mulut terjadi di pasaran sudah pasti
aktiviti yang dijalankan menandakan satu kejayaan buat kita semua.
v.
Kembali semula lakukan tele-marketing
Penting
untuk dilakukan semula. Jangan buat tak kisah sahaja. Dapatkan temu janji dan
bukannya menjual bila lakukan tele-marketing. Kenapa perlu dilakukan? Kerana
·
Data-data pelanggan bukannya sukar untuk dicari dan
didapati
·
Beri tumpuan pada pelanggan sedia ada yang
sememangnya telah bersama dengan kita lagi
·
Lebih menjimatkan masa dari mencari
prospek/pelanggan yang tidak diketahui latar belakangnya
Bila dah dapat pastikan dilakukan tele-marketing.
Jangan disimpan dan dipendam pula.
vi.
Tampal prestasi di tempat duduk masing-masing
Menampalkan
templat tugasan sasaran kita di hadapan meja tempat kita bekerja lebih
memudahkan kita untuk mengingati dan ketahui prestasi semasa. Catatkan ia
setiap kali kita nak balik ke rumah akan pencapaian kita. Bila esok kita datang
semula bekerja sudah pasti kita dah tahu berapa amaun kita dan setakat mana
pencapaian kita selama ini. Sampai bila-bila walaupun pergi kemana sudah pasti
kita akan mengingatinya lagi. Set terus dalam minda kita.
vii.
Tumpuan pada produk yang diberi sambutan
Beri
tumpuan pada produk yang mendapat sambutan pengguna. Jual yang mudah laku
dipasaran dan bukan yang mudah untuk kita menjual. Orang ramai pasti mencarinya
kalau produk tersebut sememangnya mendapat sambutan dipasaran. Nak ceritapun
senang nak jual lagi lah senang. Teruskan penawaran dari produk yang laris
dipasaran.
viii.
Lakukan ‘CROSS SALE’
Pada produk
ang kurang mendapat sambutan lakukan secara Cross Sale sahaja. Yang penting
dapatkan kesetiaan dan kepercayaan dari pelanggan kita dahulu terhadap produk
sensasi kita terlebih dahulu. Jangan juala satu produk kepada seorang pelanggan
sahaja. Letih kalau macam ini. Seorang pelanggan perlu dilakukan penawaran
produk kepada beberapa produk yang kita tawarkan. Dah ikat kena ikat lagi
melalui penerimaan mereka terhadap produk yang ditawarkan.
ix.
Semak semula tugasan jualan
Muhasabah sentiasa agar
kita tahu apa yang kita lakukan selama ini adakah betul ataupun tidak. Mana
yang salah jangan kita ulangi dan tinggalkan sahaja dan mana yang betul kita
teruskan sahaja apa yang perlu kita lakukan tanpa perlu menoleh belakang lagi.
Yang penting segala pengalaman dalam skil dan kemahiran yang ada jika ia nya
mendatangkan kejayaan milik kita maka diteruskan sahaja tanpa perlu difikirkan
ada cari lagi atau tidak skil-skil baru. Selagi boleh menikmati pendapatan yang
tinggi maka teruskan sahaja apa yang telah kita lakukan selama ini.
Lakukan perkara-perkara ini bagi memastikan perolehan 100% SASARAN dapat dicapai sehingga Akhir tahun ini. Tepuk dahi tanya otak bukannya
tepuk hati tanya selera adakah kita benar-benar melakukannya ataupun tidak.
Selagi kita tidak Berjaya peroleh sasaran yang telah ditetapkan bermakna kita
masih lagi gagal dalam melakukan bidang jualan yang kita ceburi ini. Buktikan
kepada mereka yang kita masih relevan dan cukup bertenaga untuk melakukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan