Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 19 Oktober 2012

Demi Jualan jangan di hiraukan gangguan



Di zaman Rasulullah ketika bersiap sedia untuk memerangi kaum kafir di Tabuk. Rasulullah memberi arahan kepada semua para sahabatnya untuk bersiap sedia berjihad ke jalan Allah. Para sahabat bersegera menyambut seruan baginda kecuali orang-orang tua,para wanita, kanak-kanak, orang-orang munafik dan yang sakit. Kebetulan di masa itu musim buah kurma hampir menjelma dan cuaca panas yang terik juga akan melanda tidak lama lagi. Tidak dinafikan segala bekalan peperangan di waktu tersebut seperti makanan dan persenjataan sangatlah terhad dan minimum namun di atas semangat untuk mempertahankan Islam baginda dan para sahabat masih tetap bersedia untuk pergi bertempur dan menyahut seruan jihad yang telah diserapkan selama ini.

Inilah ujian Allah kepada mereka-mereka yang bersabar dan taat kepada ajaran Rasulullah. Mendengar seruan Rasulullah akan meninggalkan bumi Madinah untuk keluar berjihad menentang orang-orang kafir, mereka-mereka yang munafik mula menyebarkan dakyah dan propaganda menghasut kepada para-para sahabat agar jangan sama sekali tidak meninggalkan kebun kurma mereka yang akan berbuah tidak lama lagi. Ini bermakna menghadiri peperangan tersebut akan mengakibatkan mereka akan kehilangan sumber pendapatan di kemudian hari pula. Hasutan para munafik bukan setakat untuk sahabat-sahabat Rasulullah sahaja tapi kepada isteri-isteri mereka sekali tetap dihasutnya menunjukkan kepentingan harta benda mengatasi keperluan berjihad di jalan Allah. Siapa yang akan menguruskan kebun-kebun yang ditinggalkan nanti jika semua orang asyik sibuk berperang menimbulkan isu untuk menghasut para isteri-isteri sahabat semuanya. Namun isteri-isteri sahabat yang tinggi keimanannya tetap sabar dan tabah dengan ujian yang diberikan dengan mengatakan kepada para-para munafik tersebut dengan mengatakan ‘pencari rezeki telah pergi dan pemberi rezeki telah hadir’.

Tanpa diduga Rasulullah dan para sahabat yang pergi berperang dengan izin dan pertolongan Allah telah kembali dari peperangan tersebut dalam waktu yang amat cepat dan singkat. Tiada siapa boleh menduga yang mereka semua boleh kembali ke Madinah dalam jangka waktu yang cepat. Di waktu yang sama Allah telah menjaga semua kebun-kebun dan kaum keluarga mereka sama. Semua buah kurma yang masak Allah peliharanya tidak gugur sama sekali dari tangkainya. Amat menakjubkan dan mereka bersyukur yang amat sangat di atas kurniaan Allah yang telah memberikan pulangan yang tinggi pula kepada mereka hasil buah kurma yang berlipat kali ganda harga di waktu itu harga tertinggi boleh diperoleh dan langsung tiada kerugian yang dialami. Begitulah hebatnya jikalau urusan Allah dijadikan keutamaan dalam kehidupan dan yang lainnya diserahkan sahaja kepada Allah untuk menentukannya. Sehingga kini kurma yang datangnya dari Madinah adalah yang paling digemari dan cukup terkenal buahnya dicari-cari oleh penggemar kurma setiap masa dan ketikanya.

Tindakan yang perlu kita renungkan. Beri fokus yang sewajarnya mana keutamaan dan yang mana sekunder yang perlu diberi perhatian sewajarnya. Ketahui apa yang perlu dilakukan jangan sama sekali kita mudah terpengaruh dengan apa yang akan orang lain katakan. Jika ia positif boleh kita jadikan satu rujukan yang terbaik tapi kalau ia nya negatif maka ini tindakan yang perlu kita berikan dengan lebih berhati-hati. Sebaik-baiknya elakkan berkawan dan mendampingi orang-orang yang negatif kelak nanti berjangkit pula kepada kita. Bertekad dan beriltizam yang kita akan melakukannya sebaik mungkin. Jauhi anasir-anasir yang boleh menggugat semangat kita bertugas melakukan jualan kerana pendapat kita adalah kita punya pendapatan manakala pendapat mereka adalah mereka punya. Jagalah sebaik mungkin karier kita dalam melakukan jualan kerana kita sendiri yang menentukan periuk nasi kita sendiri dan bukannya orang lain.

1 ulasan: