Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 12 Oktober 2012

Utamakan keberkatan



Melakukan jualan sambil mencari dan menambah pendapatan dan perolehan yang sedia ada adalah satu rangsangan motivasi diri yang dikejar selama ini. Tidak dinafikan bahawa wang ringgit merupakan segala-galanya dalam kehidupan yang perlu kita cari dan dapatkan. Kerana wang ringgit semuanya boleh kita peroleh akan apa yang di hajati. Namun pernah kah kita terfikir tentang segala perbuatan ini ada kah penuh dengan keberkatan?

Di zaman Nabi Ayub ketika Nabi Ayub sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda tidak membiarkannya tetapi menepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman ‘Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?’ lalu Nabi Ayub menjawab ‘Ya benar, demi keagungan Mu apalah makna kekayaan tanpa keberkatan Mu’. Begitulah seorang Nabi yang dimuliakan oleh Allah SWT menunjukkan walau betapa banyak harta yang ada dengan rezeki yang melimpah luas diberikan namun apa yang lebih penting hidup di dunia ini adalah keberkatan Allah juga yang perlu dicari-cari dalam kehidupan.

Apa gunanya kalau kemewahan yang kita miliki jika tidak membawa sebarang erti tanpa keberkatan. Umur yang panjang tidak membawa erti jika tanpa adanya keberkatan. Kesihatan yang dijaga dengan baik tidak membawa erti tanpa keberkatan. Kediaman yang selesa tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Kenderaan yang selesa yang dibawa ke hulu ke hilir  tidak akan membawa sebarang erti jika tiada keberkatannya juga.

Jadi apa yang dimaksudkan dengan keberkatan? Keberkatan adalah perkataan yang di ambil dari bahasa Arab iaitu Barakah. Berkat membawa maksud bahagia, beruntung, bertambah dan berkembang. Menurut Thubutul Khairi al-Ilahi Fis Syai keberkatan itu adalah perwujudan kebaikan yang dilimpahkan oleh Allah SWT di dalam sesuatu. Secara umumnya berkat adalah memohon restu dari Allah SWT agar dikurniakan kebaikan yang berkembang dengan izin Allah juga. 

Apa yang ingin kita dapati dari keberkatan yang diperkatakan ini? Antaranya kebaikan apabila keberkatan ini ada pada kita adalah 

i.                     Keberkatan pada umur dalam menghadapi segala ujian dan dugaan yang dihadapi

ii.                   Keberkatan dalam berkeluarga lebih makmur dan tenteram

iii.                  Keberkatan memperoleh rezeki yang halal dan dipermudahkan

iv.                 Keberkatan hidup dalam bermasyarakat dan bukannya bersendirian

v.                   Keberkatan dalam ilmu sama ada mencari atau apa yang telah diamalkan

Jangan cari sebarang alasan peroleh keberkatan sesuka hati. Fikirkan tentang apa kejujuran yang telah kita lakukan kepada prospek/pelanggan yang telah kita bantu selama ini. Hanya disebabkan ingin mendapatkan kekayaan yang diingini dengan cara yang telah kita ketahui tiada kebenarannya, kita main langgar begitu sahaja asalakan jualan yang dilakukan dapat diterima oleh pembeli. Jangan main sesuka hati sahaja tapi kembali semula niat kita melakukan jualan adalah untuk membantu seramai yang boleh melalui produk yang ditawarkan. Selesaikan permasalahan mereka dan seterusnya biarkan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah kita janjikan dan berikan kepada mereka selama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan