Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 13 Oktober 2012

Lakukan sahaja janji ada Keberkatan



Oleh yang demikian untuk mencari dan memperoleh keberkatan dalam hidup kita ini, terdapat beberapa tindakan yang perlu kita lakukan agar keberkatan yang kita cari boleh kita dapati mengikut apa yang Allah mahukan. Bila keberkatan ada, hidup akan lebih mudah dan jauh sama sekali dari menerima tekanan yang bukan-bukan. Antaranya adalah




i.                    Jujur dalam apa yang kita lakukan

Apa juga tindakan kita kena ada kejujurannya. Elakkan menipu apatah lagi hendak berbohong dengan prospek/pelanggan mahupun majikan kita. Sekali kita menipu, sampai bila orang tidak akan percaya kepada kita dan bagaimana keberkatan yang kita cari boleh kita peroleh? Kena fikirkan setiap tindakan dan perbuatan kita selari dengan apa yang Agama telah tetapkan kepada kita selama ini.

ii.                  Lakukan segala amalan yang wajib

Jangan lupakan Rukun Islam dan Rukun Iman. Bila masuk waktu solat tunaikan, bila tiba waktu Ramadhan berpuasa, bila cukup masanya keluarkanlah Zakat dan bila dah sampai seru tunaikanlah ibadah Haji tanpa perlu ada penangguhan lagi. Jangan abaikan dan terlalu mengejar yang sunat pula sehingga kita terlupa pula yang wajib.

iii.                Taat kepada ibu bapa

Tolong jangan abaikan kedua ibu bapa kita. Restu mereka menentukan hala tuju kehidupan kita. Tanpa mereka siapalah kita. Kalau mereka masih hidup layanilah mereka dengan sebaik yang mungkin dan jangan sama sekali diabaikan. Kalau sudah meninggal dunia, doakan mereka sentiasa setiap saat dipermudahkan Allah mengampuni dosa-dosa mereka di dunia, lepas dari seksa kubur dan dipermudahkan untuk masuk ke syurga nanti. Tapi kalau kehidupan kita tiada keberkatannya bolehkah kita melakukannya dengan mudah sama sekali melayan dan mengingati kedua-dua ibu bapa kita?

iv.                 Pandai yang tidak bertempat

Kalau tahu katakan tahu tapi kalau kita tidak tahu jangan sama sekali kita katakan tahu juga. Jangan tunjuk pandai pada perkara-perkara yang kita sendiri tidak ketahui. Tak berkat nanti kalau kita maklumkan kepada orang ilmu dan perkara yang salah dan tidak betul. Berhati-hati dengan tindakan kita agar orang lain tidak mengikut dengan ilmu yang salah dan tidak betul dari kita.

InsyaAllah, kalau betul niat kita maka betullah tindakan kita. Apa-apa yang hendak kita lakukan mesti bermula dengan niat. Mustahil boleh berlaku perbuatan dahulu disusuli pula dengan niat. Mencari keberkatan di dunia ini adalah satu tindakan yang baik dan dituntut agar kehidupan kita lebih bahagia, seronok dan tenang setiap masa. Apabila ditimpa musibah dan bencana, kita akan lebih tenang dan sabar untuk menghadapinya tanpa mencelarukan fikiran kita bila-bila masa. Bila hati, jiwa dan fikiran telah tenang dan bahagia sudah tentu dalam melakukan tugasan jualan kita akan lebih mudah dan senang untuk kita melakukannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan