‘Habislah aku bulan ni, bulan nak habis tapi sasaran tak penuhi lagi’
‘Pelanggan ni ok ke tak? Boleh terima kah kedatangan aku ini?’
‘Kenapalah rasa lain macam saja nie, macam nak kena belasah sahaja dalam
mesyuarat ni’
‘Betul kah apa yang aku perkatakan sebentar tadi pada prospek ini?’
Inilah penyakit kebimbangan yang melanda pada diri kita semua. Kebimbangan
sedikit sebanyak akan dan boleh
mengganggu corak tugasan kita dalam melakukan jualan. Kerana terlalu
memikirkan apa yang kita bimbangkan bermakna fokus kita dalam melakukan jualan
sudah pasti terganggu juga. Jualan entah ke mana asyik kebimbangan sahaja yang
kita fikirkan. Kerana itu kita perlu mengawal bimbang yang wujud dalam diri
kita kerana kebimbangan yang tidak terkawal akan menyebabkan seseorang itu boleh
mendapat gangguan mental jika tidak di jaga dengan betul sama sekali.
Bimbang adalah perspektif minda yang menjangkakan sesuatu keadaan akan
menjadi semakin buruk pada seseorang. Apabila kebimbangan berada pada tahap
yang tinggi, boleh mencetuskan gangguan mental dan seterusnya membawa kepada
pelbagai penyakit seperti lemah jantung, sakit kepala, barah terutama ulser
iaitu barah usus. Apabila bimbang , seseorang akan berada pada mode sedih,
berduka cita, susah hati dan kerisauan.
Inilah yang perlu kita atasi dengan sebaik mungkin. Nak elakkan terus
penyakit bimbang ini pun memang tidak boleh kerana ianya sememangnya kurniaan
dari Allah untuk menguji kita sama ada kita boleh hadapi ataupun tidak.
Sedangkan semasa wuduk pun boleh merasa bimbang sama ada betul ataupun tidak
syarat-syarat mengambil wuduk. Begitu
juga dalam kita bersolat, betul-betul fokus kadang-kadang jadi bimbang
pula sama ada semasa takbiratul ikram tersebut kita telah berniat ataupun
tidak.
Kerana inilah Rasulullah pernah bersabda bermaksud “Siapa yang
mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat
kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”.
(Hadis Riwayat Tabrani)
Sebaik-baik kaedah dan langkah untuk atasi penyakit kebimbangan ini adalah
i.
Fikirkan sebaik
mungkin apa kesan buruknya
Dah menjadi
kebimbangan ketika itu, fikirkan apa sebabnya dan kenapa jadi begitu. Selagi
kita tidak fikirkan jalan penyelesaiannya selagi itu ia nya akan mengganggu dan
mengacau tugasan kita melakukan jualan. Tarik nafas sedalam-dalamnya untuk
mencari ketenangan fikirkan apa yang perlu kita lakukan supaya kebimbangan
tersebut tidak berulang lagi. Yang penting jangan sama sekali mudah merasa
risau dan susah hati yang amat sangat jika tiba-tiba sahaja kebimbangan ini
melanda kepada kita.
ii.
Senaraikan apa
yang dibimbangkan
Supaya
ianya tidak berlaku dan mengganggu tugasan kita terutama ketika kita berhadapan
dengan prospek/pelanggan yang ditemui senaraikan segala kebimbangan kita.
Muhasabah sebaik mungkin agar perkara yang kerap kita bimbangkan boleh kita
atasi sebaik mungkin. Selagi kita tidak atasinya semakin kuat kebimbangan
tersebut akan mengganggu tugasan kita. Yang penting jangan sama sekali lari
dari masalah apa juga yang kita tanggung selama ini. Hadapilah dengan sebaik
yang mungkin.
iii.
Apa Jalan
penyelesaiannya
Inilah
kebaikannya kalau kita dapat senaraikan apa yang memberikan kita risau dan
bimbang tidak tentu hala. Kita dah tahu dan kenal pasti akan lebih memudahkan
tindakan kita senaraikan beberapa alternatif untuk penyelesaian yang berkesan
dan efektif sesuai dengan kemampuan diri kita. Jangan main cuba-cuba main ingat
semua tindakan kita itu betul sahaja. Kadang-kadang bila kita tuliskan senarai
tersebut baru kita tahu ada jalan yang sebaiknya untuk mengatasinya.
iv.
Pilih solusi yang
terbaik
Alternatif
telah dipilih maka tugasan seterusnya pilihlah Jalan penyelesaian yang terbaik
untuk diri kita pula. Semoga ia nya sememangnya mudah untuk diatasi. Tak
selesaikan selagi itulah kebimbangan tersebut tetap wujud dan mengganggu
tugasan kita tidak kira apa yang dilakukan. Buatlah pilihan yang terbaik kerana
apabila kita melakukannya sudah pasti kebimbangan tersebut pasti diatasi dengan
sebaik yang mungkin.
v.
Selesaikan segera
Jangan di
tangguh dan ditunggu lagi. Selesaikan segera. Itu tindakan sewajarnya. Atasi
kebimbangan yang ada dengan jalan yang terbaik untuk diselesaikan. Pastikan
tindakan tersebut dilakukan dengan apa yang kita mampu lakukan. Jangan sampai
dah bernanah baru sibuk kita nak selesaikan. Segera kita perbaiki agar
kebimbangan tersebut hilang dari mengganggu kita.
Umpama kita memakan sebiji epal, kita tak boleh sama sekali makan sebiji
terus begitu sahaja tetapi kita gigitnya kunyah sedikit demi sedikit sehingga
habis. Jadi begitulah kita nak hilangkan kebimbangan kita, nak hilangkan terus
memang agak sukar dan payah tetapi atasilah ia nya sedikit demi sedikit. Jangan
lupa juga untuk membaca ‘La Haula Wala Quwwata illa billahi’ sebagai amalan harian
kita seperti mana yang disarankan oleh Rasulullah. Tak cuba mana nak tahu, kena
cuba barulah tahu keberkesanannya. Supaya selepas ini segala kebimbangan yang
ada dapat diatasi dengan sebaik yang mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan