Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 8 Oktober 2012

Berwaspada Pujian di terima



Nasib baik saya bertemu dengan anda yang benar-benar telah membantu saya menyelesaikan masalah peribadi saya

Anda adalah yang terbaik mengatasi rekod-rekod yang sedia ada

tidak mungkin ada yang lebih hebat melainkan prestasi anda

nasib baik engkau ada kalau tidak habis perniagaan kita

memang hebat dan tahniah di atas pencapaian 400 peratus yang diperoleh

orang lain tidak sebagus anda yang melakukan jualan

Salah satu perkara yang cukup digemari oleh orang yang menceburi bidang jualan ini adalah pujian. Sama ada menjadi sebagai satu rangsangan atau kecenderungan untuk bekerja dengan lebih hebat lagi atau tidak bergantung kepada diri seseorang. Tiada siapa pun di dunia ini yang tidak mahu dipuji. Masalahnya kini tindakan yang sedikit pun hendak dipuji apatah lagi melakukan pekerjaan yang besar dan mendapat prestasi yang terbaik mengatasi orang lain. Semuanya pujian yang diharapkan.

Tidak dinafikan pujian adalah perlu. Pujian di atas kesungguhannya, kesukarannya, pencapaiannya ataupun keputusan yang hebat telah diperoleh. Ini akan membuatkan seseorang itu akan lebih lagi bersemangat dan bermotivasi untuk melakukan jualan lebih bersungguh dan konsisten dengan harapan agar pencapaian yang telah dinikmati tidak akan jatuh dan pudar begitu sahaja.

Walau bagaimanapun, pujian yang keterlaluan amat dikhuatiri juga. Kerana mengharapkan pujian dan memuji seseorang tersebut akan mengakibatkan beberapa perkara yang tidak elok akan berlaku. Antara kesan-kesan negatif yang akan timbul adalah

i.                     Riak

ii.                   Berlagak dan ego

iii.                  Menyombong diri

iv.                 Meninggi diri

v.                   Tidak nampak lagi keperluan bekerja dalam satu pasukan

vi.                 Lupa diri

vii.                Sentiasa merasakan diri adalah sempurna

viii.              Lebih pandai dan bijak dari orang lain

ix.                 Apa yang dilakukan adalah betul dan tidak perlu teguran harus diberikan

Sebenarnya pujian ini lebih banyak memberikan impak yang negatif dari yang positif. Kena perbetulkan apabila di puji. Kerana itu alangkah baiknya jika tugasan yang kita lakukan jangan sama sekali mengharapkan pujian dari orang. Cukuplah sekadar KEPUTUSAN AKHIR diberikan kepada orang lain betapa hebatnya kita melakukan tugasan dan bukannya bagaimana kita melakukan tugasan jualan pada hal langsung tidak memberikan apa-apa juga pulangan yang boleh dibanggakan. Lebih baik kita merendah diri dari sibuk mencari publisiti mendapat pujian dari seseorang.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia” (Hadis Riwayat Muslim)


Allah SWT berfirman maksudnya, “Dan janganlah engkau memalingkan muka mu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang sombong, takbur, lagi membangga diri.” (Surah Luqman  Ayat 18)

Menurut Ibnu Maskawih di dalam kitabnya yang bertajuk Tahdzib Al-Akhlak mengatakan orang yang pandai dan terhormat seharusnya terhindar daripada sifat takbur dan bangga diri. Ada sebuah kisah di mana seorang penguasa cukup membanggakan dirinya di hadapan seorang hamba yang pandai. Melihat hal ini hamba tersebut berkata ‘Apabila kamu menjadi bangga dengan kuda yang kamu miliki, yang kamu banggakan itu milik kuda, bukan milik mu. Apabila kamu bangga dengan baju mu maka yang bagus adalah baju mu, bukan diri mu. Dan apabila kamu bangga dengan kehormatan nenek moyang mu maka kehormatan itu adalah milik mereka, bukan milik mu’.

Berhati-hatilah kita dalam menerima sebarang pujian agar diri kita sentiasa berada di bawah pemikiran kita tidak leka dan lalai hanya disebabkan orang sentiasa memuji diri kita. Kerana terpengaruh dengan pujian yang diterima kita terlupa dan mudah merasa gah yang kita boleh dan sentiasa dapat melakukan jualan tapi sebenarnya prestasi kita tidak ke mana. Berwaspadalah sentiasa bahawa kalau diri kita tidak dijaga dengan baik walaupun kita pernah menduduki takhta di atas tidak mustahil kita boleh jatuh satu hari nanti hanya disebabkan kelekaan masih mengingatkan pujian dari orang ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan