Penjual dengan jualannya, pembeli dengan beliannya. Yang mana satu akan
terjadi satu transaksi? Adakah si penjual atau si pembeli? Jawapannya adalah
pada kedua-dua sama sekali. Sememangnya kedua-duanya amat memerlukan satu
dengan yang lain. Satu perhubungan yang pasti amat diperlukan. Kerana itu dalam
Rukun Jual Beli dinyatakan seperti berikut
i.
Adanya penjual
ii.
Adanya pembeli
iii.
Adanya barang yang ditawarkan
iv.
Harga yang dipersetujui
v.
Akad
Cukup mudah dan ringkas. Bila ada kelima-lima ini sememangnya wujud sudah
satu ikatan dalam proses jual dan beli. Bagi penjual untuk melariskan produk
yang ditawarkan pastikan si pembeli benar-benar mengetahui dan memahami apa
produk yang ditawarkan. Jangan sama sekali memandang rendah akan keupayaan di
pembeli. Ini adalah kerana
i.
Si pembeli selalunya akan memeriksa dahulu
maklumat-maklumat yang dikehendakinya melalui laman sesawang, edaran risalah
yang diedarkan, melalui media-media pengiklanan dan sebagainya kerana pembeli
sekarang ini bukannya dengan mudah boleh menerima apa yang diperkatakan oleh si
penjual
ii.
Melakukan perbandingan produk dengan pesaing yang
ada. Pemilihan dilakukan bukan setakat harga dan ciri-ciri produk tetapi apa
yang boleh memberikan keuntungan dan kelebihan pada pembeli itu sendiri
iii.
Pembeli pasti mendapatkan pandangan dan pengalaman
dari rakan-rakan atau sanak saudaranya terlebih dahulu sebelum mencari dan
memberi keputusan yang sewajarnya.
iv.
Situasi kewangan pembeli memainkan faktor terpenting
dalam menentukan sama ada untuk membelinya atau tidak.
v.
Melakukan penilaian boleh atau tidak produk yang
ditawarkan kepadanya nanti dapat selesaikan masalah yang ditanggungnya selama
ini
Inilah tugasan si penjual. Kena peka dan sensitif dengan apa yang ada.
Jangan mudah buat andaian, tanggapan dan syok sendiri merasakan apa sahaja yang
dijual dan ditawarkan sudah pasti diterima bulat-bulat oleh si pembeli.
Pelajari sebaik-baiknya apa tindakan sewajarnya untuk kita menghadapi situasi
sebegini kenal pasti apa yang pembeli mahukan dan perlukan. Tiada yang mustahil
untuk dilakukan selagi kita benar-benar berilmu, berkehendakkan dan
bersungguh-sungguh untuk melakukannya. Sudah pasti apa juga bangkangan dan
bantahan yang diterima dari mereka akan kita hadapi dengan sebaik yang mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan