Salah satu kaedah dalam menentukan kejayaan
melakukan jualan adalah melalui cara menghubungi prospek yang telah dilakukan
saringan dan sasaran melalui talian telefon. Bukan bermakna untuk menjual tapi
kena pastikan yang amat sangat untuk mendapatkan temu janji. Jangan berkenalan
terlebih dahulu tapi bila dah bertemu dan bersua barulah kita dibenarkan untuk
mengenali prospek tersebut dengan lebih mendalam lagi. Bila dah kenal dan tahu
akan kehendak dan kemahuannya melalui temu janji yang telah ditetapkan barulah
boleh jualan dilakukan padanya dengan lebih berkesan dan efektif sama sekali.
Alangkah gembira di hati andai kata setiap kali
panggilan dilakukan seratus peratus kejayaan yang diperoleh mendapatkan temu
janji berjaya didapati. Bukan sesuatu yang mustahil apatah lagi menyukarkan
tetapi yang penting ada beberapa perkara yang perlu dilakukan agar tiada
kekecewaan dan kehampaan berlaku dan terjadi kepada kita. Sememangnya akan
memberi kesan dan impak yang agak mendalam jika kita dapati di saat kita
menghubungi prospek yang kita sasarkan tidak berminat dan mengetahui dengan
lebih lanjut akan apa yang kita perkatakan. Tapi janganlah jadikan ia satu
penyebab yang besar sehingga kita mudah longlai dan putus asa jadinya merasakan
melakukan jualan ini sesuatu yang sukar dan payah pula.
Untuk memudahkan tindakan apabila berhubung
dengan prospek agar temu janji dapat diperoleh dengan mudah dan senang di masa
hadapan, setiap kali kegagalan yang berlaku perlu lah
dilakukan tindakan-tindakan berikut
i.
Lakukan bedah siasat segera di mana silap dan salahnya
Segera kenal pasti. Mungkin prospek yang dihubungi bukan
yang bersesuaian dengan produk yang ingin kita tawarkan, komunikasi kita belum
cukup mantap, waktu yang tidak bersesuaian dengan prospek yang dihubungi atau
kita sebenarnya belum dalam mode yang bersedia untuk menghubungi prospek
tersebut. Semuanya kena difikirkan jalan penyelesaiannya di mana salah dan
silapnya agar pembetulan dapat dilakukan dengan segera. Selagi tidak
diperbetulkan selagi itu kita akan gagal mendapatkan temu janji seperti mana
yang kita kehendaki.
ii.
Jadikan ikhtiar dan pengajaran yang terbaik
Apa-apa pun yang berlaku dan terjadi kena anggapkan yang
ia nya satu pengajaran yang terbaik untuk diri kita. Satu pengalaman yang tiada
siapa pun akan mengajar kita melainkan apa yang kita tempuhi itulah guru
terbaik untuk diri kita sendiri belajar dari kesilapan yang telah dilakukan.
Selagi kita tidak melakukannya selagi itulah kita sudah pasti tidak akan
mengetahuinya sama ada apa yang kita lakukan itu adakah perkara yang betul
ataupun tidak.
iii.
Setiap kali kegagalan, kejayaan pasti menanti
Jangan sama sekali menjadikan setiap kali gagal kita
gagal seterusnya dan selama-lamanya. Belajar segera perbetulkan secepat mungkin
agar kegagalan yang ditempuhi sudah pasti kejayaan pula yang akan kita peroleh
nanti. Jangan mudah merasakan apa yang kita lakukan semuanya sudah betul dan
tepat sama sekali. Perbetulkan ia setiap kali supaya kesempurnaan boleh
didapati dengan mudah dan senang di kemudian hari. Allah anugerahkan akal
fikiran menuntut agar kita sentiasa berfikir dengan warasnya apa tindakan kita
yang betul dan yang salah. Jadi pergunakanlah dengan baik sebaik-baiknya.
iv.
Mengajar erti kesabaran bukannya putus asa
Banyakkan bersabar. Jangan mengeluh sahaja. Meracau tak
tentu hala hanya kerana kita tidak sabar merapu yang bukan-bukan persalahkan prospeklah,
keadaanlah dan yang sebagaimananya. Yang penting kita masih tidak mengaku yang
kita adalah orang yang bersalah melakukannya. Kerana itulah kita dituntut untuk
bersabar banyak bukan melenting banyak-banyak. Selagi kita bersabar selagi
itulah kita dapat mengawal diri kita melakukannya yang terbaik mendapatkan temu
janji sebanyak yang termampu. Tapi bila dah hilang sabar itulah kesannya akan
timbul pula kemarahan dan putus asa yang amat sangat sehingga nak buat apa pun
satu pun tak boleh.
Teruskan usaha lakukan secara konsisten kenal
pasti di mana kesalahan dan kelemahan diri kita yang pernah kita lakukan tidak
akan berulang lagi demi kemajuan karier kita di bidang jualan ini. Selagi
tersematnya sikap putus asa, mudah kecewa, merana dan perasaan yang mahu
perbaiki diri kita ke arah yang lebih baik selagi itulah kegagalan akan
menghimpit diri kita. Sentiasa perbetulkan diri kita menuju kesempurnaan yang
lebih baik dan elok. Berfikir positif agar kita sentiasa boleh melakukannya
dengan sebaik yang mungkin agar setiap kali panggilan yang dilakukan temu janji
dengan mudah boleh diperoleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan