Ketahui terlebih dahulu adakah tindakan kita menawarkan produk kepada
mereka di gemari atau tidak. Selagi kita tidak ketahui selagi itu kita akan
bermasam muka kepada mereka andai kata terdapat penolakan jualan berlaku dan
terjadi. Semuanya hanya disebabkan mereka langsung tidak menyukai apa juga
tindakan kita dalam menjual. Pasti kita akan merasakan betapa membuang masa
sahaja kita menjual dengan mereka yang langsung tidak mahu menerima tawaran
yang di kemukakan.
Terdapat banyak tanda-tanda yang boleh memberi isyarat kepada kita yang
mereka sememangnya berminat dengan apa yang kita perkatakan. Bak kata pepatah tuah
ayam nampak di kaki tuah manusia siapa nak tahu. Kerana terlalu percaya dan
yakin dengan kita tanpa perlu melakukan presentasi sudah pasti produk kita
terus diterima mentah-mentah begitu sahaja. Hanya kerana keperibadian kita apa
juga produk yang ditawarkan terus di percayai bulat-bulat. Bukan itu sesuatu
yang menguntungkan diri kita?
Antaranya tanda-tanda bahawa bakal pembeli atau pelanggan menyukai
kehadiran diri kita pada mereka adalah dengan cara
i.
Jual sahaja terus menerima tawaran yang di
kemukakan
ii.
Apabila menghubungi mereka melayan kita
bagaikan kenalan lama mereka
iii.
Minta sahaja hulurkan bantuan segera berikan
referral dan pengenal kepada kita
iv.
Tidak semena-mena meminta nasihat dan
khidmat peribadi kita walaupun tiada kaitan dengan tugasan jualan kita
v.
Sentiasa menjemput jika ada keraian ataupun
kenduri kendara tanpa gagal
vi.
Mengajak kenalannya agar sentiasa berhubung
dengan kita mengenai produk yang ada ditawarkan menjadi keutamaan kepadanya
Berakhlak mulia dengan keperibadian yang mempesona kan pasti akan peroleh
ganjaran yang baik untuk kerjaya kita. Segala yang dijangkakan sukar sudah
pasti menyenangkan. Setiap masalah yang mungkin timbul akan dipermudahkan.
Semuanya bergantung bagaimana kita menguruskan mereka mengikut selera dan
pandangan peribadi mereka. Jualan kita bergantung sepenuhnya akan keputusan
mereka jadi berikanlah yang terbaik buat mereka dengan menanam kepercayaan dan
keyakinan mereka terhadap kita. Sampai bila-bila orang akan percaya kepada kita
asalkan kita sentiasa jujur dan tepati janji seperti pepatah mengatakan bagai
kerbau jangan di maling orang, ayam jangan dicuri musang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan