Dalam kita melakukan jualan bukan setakat kemahiran sahaja yang perlu
dilakukan tetapi juga ilmu yang ada perlu setiap masa perlu di kemas kini.
Jangan mudah merasakan ilmu yang telah ada bersama kita sudah cukup buat kita
melakukan jualan. Tapi carilah ilmu sentiasa kerana ilmu yang ada tidak pernah
ada istilah habis ataupun tamat. Semuanya perlu dicari dan dikesan dengan
sepenuh hati untuk mencarinya. Bagi penjual Muslim mengimbangkan ilmu dunia dan
akhirat perlu ada. Jangan kerana sibuk urusan dunia kita terlupa tentang urusan
akhirat pula.
Bekalan akhirat jangan dilupakan. Dalam masa yang sama tuntutan dunia perlu
diteruskan. Dengan ilmu apa yang kita lakukan akan mendapat untung bukan
setakat di dunia sahaja tapi di akhirat tidak di abaikan sama sekali. Terus
menerus dengan tuntutan mencari dan menuntut ilmu sebanyak yang termampu. Dalam
kitab Haiyual Walad karangan Imam Ghazali terdapat 4 sebab kenapa kita perlu
menuntut ilmu. Sebab-sebab itu adalah kerana
i.
Diri kita akan semakin rapat dengan Allah
ii.
Kenal diri kita atau aib kita sendiri dengan
lebih dekat lagi
iii.
Lebih mudah membawa kita ikut beribadah
kepada Allah
iv.
Ghairah kepada hari akhirat dengan dunia
tidak di abaikan
Hebat mana kita mencari ilmu, jangan abaikan ilmu agama. Lambat laun sudah
pasti akan ada sangkut pautnya dengan karier kita dalam jualan. Jangan kita
terlalu terjebak dengan kesibukan melakukan jualan tapi kita abaikan pula
tuntutan agama. Bila ada masalah yang tidak mampu untuk kita selesaikan pandai
pula kita memohon keampunan meminta bantuan dari Allah. Perbetulkan segera.
Imbangkan perbuatan kita di dunia ini berserta dengan akhirat sama. Jadilah
seorang penjual Muslim bukan setakat berjaya di dunia tetapi juga di akhirat.
Gali dan korek sedalam yang termampu lubang ilmu yang ada agar segala ilmu agar
kita peroleh boleh kita praktik kan selari dengan segala ilmu yang kita
peroleh. Kalau kita tidak melakukannya sampai bila agaknya tindakan yang
sewajarnya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan