Salah satu sifat terpuji dalam melakukan jualan adalah kita cukup amanah
dan sanggup menahan kesabaran dalam menjaga diri dan memelihara rahsia. Tidak
kiralah apa bentuk rahsia sekalipun, baik rahsia diri sendiri, rahsia rakan
sekerja, rahsia jiran-jiran, rahsia keluarga, rahsia majikan mahupun rahsia
bakal pembeli atau pelanggan yang kita temui. Semuanya kita zip mulut kita
menyimpannya dengan penuh rasa bersangka baik akan apa juga rahsia yang kita terima
dan ketahui sama ada di minta untuk menyimpannya atau pun tidak. Inilah satu
sikap yang perlu kita lakukan dengan sebaik yang mungkin. bak kata pepatah biar
pecah di perut jangan pecah di mulut.
Sememangnya kita cukup ingin menjaga segala perkara yang diterima atau
melihat dengan mata sendiri untuk menyimpannya. Tetapi ada kalanya kerana
terlalu ghairah untuk bercerita pada orang lain, di desak oleh seseorang atau
terlepas cakap akhirnya segala rahsia pada peringkat awalnya terus terusan
tidak menjadi rahsia lagi. Habis semua orang mengetahuinya gara-gara kita
terlajak kata atau percakapan kita sendiri. Inilah yang dikhuatiri kerahsiaan
yang diharapkan berkubur begitu sahaja. Amanah entah ke mana langsung tersebar begitu
sahaja walaupun sebenarnya tiada niat untuk kita melakukannya. Inilah bahayanya
yang perlu untuk kita lakukan agar rahsia tetap rahsia untuk dijaga dan
disimpan.
Kalau semua rahsia dapat kita simpan baik-baik dalam diri kita ini bermakna
i.
Kita orang yang tinggi kesabarannya
menerima apa juga rahsia yang diterima
ii.
Memberikan keyakinan orang begitu kuat
terhadap kita
iii.
Semakin dipercayai diri kita apabila
berinteraksi dengan siapa pun juga
iv.
Mudah untuk melakukan jualan kepada rakan
yang baru diperkenalkan atau melakukan jualan berulang kepada pelanggan yang
telah mengenali kita
Jaga amanah dan tanggungjawab kita. Bukan senang mendapatkan kepercayaan
orang kepada kita. Keperibadian kita menunjukkan keyakinan orang pada kita.
Berikan keikhlasan dan kesopanan dalam melakukan jualan dan menjalinkan
perhubungan silaturahim antara diri kita dengan orang lain. Hanya kejujuran yang
berjaya memisahkan antara khianat dan penipuan boleh berlaku. Semakin kita
jujur semakin mudah untuk kita melakukan jualan. Menjual atas keperibadian kita
sebagai satu cara mudah mendapatkan keyakinan dan kepercayaan mereka kepada
diri kita. Jaga akhlak kita agar keperibadian diri mudah di tonjolkan dalam
melakukan jualan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan