Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 28 Mac 2014

KEIKHLASAN YANG DI PERLUKAN




Kerap kali dalam melakukan jualan kita amat di saran agar ikhlas dalam melakukan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Jangan difikirkan dahulu tentang ganjaran dan hasil yang bakal di peroleh apabila tawaran yang dikemukakan boleh di terima. Apa yang patut dilakukan adalah bagaimana kita boleh membantu dan menolong seseorang untuk selesaikan masalah yang dihadapinya.

Bohong kalau dinyatakan bahawa ikhlas cukup mudah untuk di lentur dan dilakukan. Bayangkanlah sewaktu para sahabat yang berada pada zaman Rasulullah bila mengatakan dan menyentuh tentang keikhlasan ini, para sahabat sudah pasti akan menangis dan mengeluarkan air mata kerana tahu betapa sukarnya untuk melakukannya. Ikhlas adalah amalan paling tinggi selepas Iman dan Takwa. Sudah semestinya ia adalah rahsia Allah. Sedangkan malaikat dan tuan punya diri pun pasti tidak mengetahuinya. Melalui keikhlasanlah adalah satu penentu sama ada segala amalan kita boleh diterima atau ditolak oleh Allah SWT.


Ikhlas mengikut pengertian adalah murni, bersih dan suci hati dalam melakukannya. Ikhlas boleh diumpamakan seperti air bersih yang berada di dalam sebuah gelas. Apabila bercampur dengan bahan lain seperti serbuk kopi atau teh maka keaslian air bersih itu telah bertukar dan tidak menjadi asli seperti asalnya. Lihatlah dalam amal ibadat kita ke hadrat Allah SWT seperti bersolat, berpuasa, membaca Al-Quran, bersedekah semuanya mestilah dilakukan hanya kerana Allah SWT. Mencari keredaan Allah amat penting selari dengan perintah dan suruhan Allah. Apabila niat sahaja kerana Allah dalam setiap tindakan, hasil akhir sama ada menjadi ataupun tidak, Allah tetap mengira pada niat dan hati yang tetap ikhlas hanya kepada Allah sahaja.

Apa yang dikhuatiri dalam kita berniat untuk ikhlas ini rupa-rupanya mungkin ada terselit niat-niat yang negatif umpama bak kata pepatah ada udang di sebaik batu. Rupanya-rupanya ada niat seperti ingin menjadi popular, mendapat perhatian orang lain, inginkan glamor, nak kan habuan dunia atau sebagaimananya yang mana lebih terarah kepada kepentingan peribadi. Maka jika ada perkara-perkara yang di nyatakan telah dilakukan bermakna Allah sudah pasti tidak akan membalas kebaikan yang dilakukan hanya kerana terdapatnya niat-niat yang terselindung membawa kepada perkara-perkara yang tidak baik pula.

Mungkin contoh sebegini boleh kita fikirkan bersama

Rosak di awal
Belum apa-apa lagi dalam hati dah fikirkan tentang siapalah orang yang nak kita jerat kan, berapa banyak komisen atau ganjaran pada hari ini atau nak berapa banyak boleh tunjuk dekat rakan sekerja yang kita hebat melakukan tugasan.

Rosak di tengah
Bakal pembeli atau pelanggan merasa hebat dengan persembahan presentasi kita sehingga kita menjadi lupa diri merasakan betapa hebat kita menyampaikan ceramah dan persembahan kita. Merasa amat ujub dengan apa yang kita sampaikan. Memberi penerangan yang elok-elok sahaja tanpa menghiraukan permintaan orang lain terhadap kita. Bertopengkan mahu membantu dan menolong tapi sebenarnya demi kepentingan perut diri sendiri.

Rosak di hujungnya
Berjaya mendapat banyak penutupan jualan dari sasaran awal. Semua orang memujinya jika hati dan jiwa merasa bangga syok sendiri sehingga tidak terkata betapa hebatnya kita melakukan jualan. Seolah-olah apa yang kita lakukan ini tidak pernah dapat di buat oleh orang lain melainkan kita. Mulalah dalam hati telah mula berkira-kira berapa banyak pendapatan dan perolehan yang bakal diterima tidak lama lagi.

Jika ini ada dalam diri kita bermakna kita pasti tidak berubah hasil dari jualan yang kita lakukan. Sengaja melakukannya semata-mata demi menjaga kepentingan dan keutamaan diri kita sahaja. Hati kita sudah mula rosak dan cacat pula jadinya. Dengan pantas ambil jalan segera melakukan muhasabah semula apabila hati yang terlalu mengharapkan pujian dan memuji kehebatan skil jualan kita agar segera tawaduk semula agar segala amalan kita melakukan jualan boleh diterima Allah jua. Berdoalah sentiasa agar keikhlasan hati boleh di peroleh dengan membaca doa “Wahai Tuhan ku,  kami belum melakukan apa-apa sebelum ini, kalaupun ada, tentu ada kepentingan diri sendiri, kalau bukan pertolongan dan bantuan Mu Ya Allah, seluruh amalan kami pasti akan tertolak





Tiada ulasan:

Catat Ulasan