Menjauhi kepentingan peribadi atau memikirkan tentang keuntungan diri
sendiri perlu dielakkan sama sekali. Dah nama hidup bermasyarakat kenalah turut
sama fikirkan tentang orang lain sama. Dalam agama pun disarankan agar kita
mengambil tahu dan mengetahui pada rakan setugas atau sama perjuangan kita
dalam melakukan bidang yang sama iaitu melakukan jualan. Kalau ini dapat
diterapkan walaupun bersaing secara bersama namun perasaan hasad dengki,
cemburu, khianat dan busuk hati boleh kita hindari dengan sebaik yang mungkin
hanya di sebabkan ukhuwah dan silaturahim yang dijalinkan sesama kita. Tapi sejauh mana boleh kita lakukan apa yang dimaksudkan
ini?
Mahu tidak mahu kena bersedia untuk lakukan jalinan silaturahim. Jangan
dikira orang tersebut tinggi diri atau rendah diri, berdarjat ataupun tidak
asalkan kita mahu untuk menjalinkan silaturahim itu lebih diutamakan. Dalam
merapatkan hubungan yang baik dan saksama eloklah dilakukan perkara-perkara
seperti berikut
i.
Sentiasa mahu mendengar apa yang mereka
perkatakan dan luahkan. Terima dengan hati yang terbuka akan apa juga yang mereka
mahu sampaikan dan luahkan. Semakin kita sudi mendengar semakin banyak input
yang boleh kita ketahui semakin percaya mereka kepada kita dan seterusnya
semakin rapat perhubungan kita dengannya.
ii.
Beri pendapat dan pandangan yang positif
setelah semuanya kita dengar dan ketahui. Nak beri pendapat jangan main cakap
sahaja tapi di tapis dahulu fikirkan sebaik yang mungkin agar apa yang kita
perkatakan diterima dengan sebaik yang mungkin. Terlajak perahu boleh di undur
tapi kalau terlajak kata habislah hubungan kita dengannya pula.
iii.
Merendahkan darjat yang sepatutnya agar
kita lagi mudah untuk berkawan dan bersahabat dengan mereka. Jangan kira taraf
kehidupan atau kebijaksanaan kita melebihi mereka tapi fikirkan apa yang
sepatutnya kita boleh hulurkan bantuan dan pertolongan yang sepatutnya kepada
mereka.
iv.
Kawal emosi dalam apa keadaan sekalipun.
Tidak guna menunjukkan emosi kita yang bukan-bukan ataupun terlalu moddy pada
hari berkenaan. Gagal kawal emosi bermakna kita juga akan gagal untuk mengawal
jalinan persahabatan seperti mana yang di harapkan.
v.
Jadikan sahabat yang akrab umpama cubit paha
kiri paha kanan terasa sakitnya sekali. Jangan ada niat pergunakan kawan
tersebut hanya untuk kepentingan dan memuaskan hawa nafsu kita sahaja. Senang
sama di jinjing bila susah sama pula dijunjung. Itulah ukhuwah persahabatan dan
persaudaraan yang perlu dipupuk dan dibentuk bersama-sama.
Kalau ini dapat kita lakukan insyaAllah tidak siapa pun yang boleh mengganggu
gugat karier kita dalam melakukan jualan. Perasaan hasad dengki, cemburu,
khianat, membenci mahupun berpandangan negatif terhadap kita boleh kita hindari
hanya kerana menjalinkan keakraban dan keintiman bersama mereka. Tiada yang
ruginya. Lakukan yang terbaik mencuba sebaik yang mungkin agar jalinan
persahabatan, ukhuwah dan silaturahim boleh kita bina dengan baik dan sempurna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan