Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 9 Mac 2014

5 SOALAN KRITIKAL




Kemampuan untuk melakukan jualan sememangnya dimahukan. Walaupun begitu jangan sama sekali mudah syok sendiri atau merasakan apa yang telah kita lakukan sentiasa benar dan betul. Apa salahnya sesekali kita lihat semula dan fikirkan apa yang telah kita lakukan dalam jualan adakah betul ataupun tidak. Sedangkan pihak Kereta api Tanah Melayu pun sering meninjau memeriksa landasan kereta api setiap hari walaupun kereta api sering bergerak secara harian ini pula diri kita. Kerana itu dalam menjalani kehidupan dalam Islam amat menekankan agar kita dapat dan sering memeriksa diri kita. Semuanya dilakukan bagi memastikan ia nya betul ataupun tidak akan apa yang kita lakukan selama ini.

Dinyatakan di bawah ini lima soalan yang agak kritikal perlu buat diri kita untuk menjawabnya sama ada kita selama ini telah mampu atau tidak melakukan jualan. Tak perlu war-war kan kepada orang lain tapi pergunakan untuk diri kita sendiri sahaja. Kita seorang yang melakukannya bermakna kita seorang jugalah yang tahu akan jawapannya. Soalan-soalan kritikal ini adalah 

        Soalan Pertama
Apakah jenis produk-produk yang ditawarkan yang kita sendiri telah alaminya?

        Soalan Kedua
Boleh kita jelaskan jualan produk yang mana satu telah mendapat sambutan yang terbaik di pasaran terkini?

Soalan Ketiga
Apakah peratusan terbaik kita dalam melakukan jualan untuk mencapai kejayaan?

Soalan Keempat
Apakah matlamat jualan kita dan bagaimana tindakan terbaik untuk mencapainya

Soalan Kelima
Sejauh mana kesetiaan pelanggan kita selama ini? Setia dan mudah berkomunikasi kah?

Fikirkanlah sebaik-baiknya jawapan yang di kemukakan ini. Secara ikhlas berikan jawapannya sendiri untuk pengetahuan kita sendiri bagi perbetulkan lagi cara dan kaedah kita dalam melakukan jualan. Jawapan yang terbaik semuanya bergantung pada keikhlasan kita sendiri untuk menjawabnya. Jangan ada sesiapapun yang mempengaruhinya kerana soalan yang dikemukakan ini tiada siapa pun yang boleh menjawabnya bagi pihak kita. Hanya kita sendiri sahaja yang mampu memberikan jawapannya.

Ini adalah salah satu cara yang terbaik untuk kita bermuhasabah. Mana yang dirasakan tidak perlu segera untuk diperbetulkan semula. Mana-mana bahagian yang dirasakan sukar dan memayahkan cari jalan untuk menyenangkan semula tindakan kita. Tiada siapa di dalam dunia ini yang mahukan kegagalan melainkan kejayaan sahaja yang di impikan selama ini. Selagi kita tidak bertindak selagi itulah kita akan gagal selama-lamanya.  Jom jawab dan lihat kedudukan kita di masa kini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan