Dalam membicarakan kerja sebagai satu ibadah, saya cukup tertarik dengan
penekanan yang telah diberikan oleh Ustaz Muhammad Tarmizi Shamsul Ariff dalam
ceramahnya baru-baru ini. Beliau menegaskan bahawa untuk mendapatkan kerja yang
baik apa yang perlu dilakukan oleh kita semua dalam menjalankan tugasan
terdapat tiga jenis nilai yang perlu ada pada semua orang. Tanpa adanya nilai
ini sudah pasti apa juga kerja atau tugasan yang dilakukan pasti tidak akan ke mana.
Tiga nilai yang disebutkan ini dalam memastikan kejayaan dunia dan akhirat
boleh di peroleh adalah dengan melakukan
i.
Nilai penyerahan secara total kepada Allah
sebagai Bos besar yang empunya diri kita. Melakukan tugasan kerana ikhlas
menyerahkan diri kita semasa bertugas hanya kerana Allah semata-mata. Tiada
hubungan lain yang perlu kita serahkan hanya kepada Allah dan bukan kepada
ketua atau bos kita kalau kita makan gaji. Berhati-hati dengan penyerahan diri
sebenar-benarnya. Kerana itu kejujuran dan keikhlasan dalam melakukan tugasan amat-amat
dititik beratkan sama sekali.
ii.
Nilai tanggungjawab di mana kita merasakan
setiap tugasan dan kerja yang kita lakukan adalah semata-mata tanggungjawab
yang telah diamanahkan untuk kita melakukannya. Bukan untuk menunjuk-nunjuk
atau berlagak pandai merasakan apa yang kita lakukan adalah betul dan terbaik.
Semuanya adalah semata-mata memikirkan dan menetapkan satu tanggungjawab yang
perlu dipikul dan dilakukan seperti mana yang dimahukan. Bertanggungjawab
sepenuhnya dengan apa yang telah ditugaskan kepada kita agar keberkatan juga
boleh kita peroleh sama.
iii.
Nilai bersungguh-sungguh dalam melakukan
tugasan atau kerja yang sepatutnya dilakukan. Kalau malas bagaimana tugasan
boleh dilakukan. Sudah pasti keputusan akhir akan menjadi sia-sia. Tapi kalau dilakukan
secara bersungguh-sungguh dan gigih kejayaan yang kita mahukan sudah pasti akan
berada dalam genggaman kita juga akhirnya. Walaupun mengikut ‘Compensation Law’
di mana semua nya dibayar mengikut prestasi kita namun kena semat dalam hati
kita bahawa setiap rezeki itu bukan berada di tangan ketua atau bos kita tetapi
sebenarnya adalah semata-mata di tangan Allah semata-mata.
Tiga nilai yang perlu diterapkan dalam diri kita. Sebut sahaja kejayaan
kena pastikan nilai-nilai yang dinyatakan ini dilakukan terlebih dahulu. Bila
sudah ada positif dalam diri, pastikan kita berikan yang positif sahaja agar
apa yang kita dapat dan peroleh pasti yang positif juga. Sentiasa beringat
bahawa bukan duit yang membuatkan kita menjadi kaya tetapi kerana Allahlah yang
bagi kita menjadi kaya. Elakkan kita melakukan tugasan terlalu berkira atau
mementingkan diri kita sendiri sahaja tapi berikan apa yang sepatutnya kita
perlu lakukan. Amalkan sentiasa agar kejayaan yang diidamkan boleh menjelma
seperti mana yang kita mahukan dan idam-idamkan selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan