Kecewa rasanya apabila melakukan jualan pelbagai kegagalan pula yang
terpaksa ditempuh dan dihadapi. Pelbagai cara, gaya dan kaedah telah
dipergunakan tapi malangnya kejayaan yang dicari masih buntu untuk dicapai dan
dinikmati. Seolah-olah terdapat batu penghalang yang tak mampu untuk diraih apa
yang dihajati. Inilah kegagalan yang terpaksa dialami dan dilalui oleh kita. Bermulalah
episod mudah merasa kecewa dan putus asa yang amat sangat.
Pasti tiada siapa pun yang mahukan kegagalan. Elaklah macam mana sekalipun
namun apa yang diimpikan masih lagi berlaku dan terjadi. Amat memedihkan tapi
terpaksa juga untuk dihadapi. Inilah yang dikatakan langit tidak selalu cerah
namun mendung tidak juga berpanjangan. Mahu tidak mahu segala dan setiap
kegagalan yang ditempuh perlu untuk dihadapi dengan sebaik yang mungkin. Kegagalan
yang dihadapi bukan bermakna menyuruh kita untuk merasa kecewa dan berdukacita.
Apatah lagi mudah merasa merana dan putus asa bukanlah satu pilihan yang utama menjadi
kamus dalam melakukan tugasan jualan.
Berfikir secara positif setiap kegagalan yang berlaku. Jangan mudah melatah
yang bukan-bukan. Semuanya adalah satu cabaran dan dugaan yang perlu untuk
diterima dengan hati yang terbuka. Ini adalah kerana
i.
Gagal bermakna satu kekangan. Bagi yang
tiada kegagalan bermakna nikmat dalam menjual pasti tiada kemanisannya
ii.
Gagal akan memberi perangsang yang terbaik
untuk terus cuba dan mencuba lagi menjadikan ia sebagai satu sumber inspirasi
iii.
Gagal adalah satu bukti usaha telah pun
dijalankan
iv.
Gagal adalah sebagai satu ujian yang diuji
dengan pelbagai bentuk ujian, ingatkan diri kita itulah kafarah bagi dosa-dosa
kita yang banyak, selain daripada tanda Allah SWT menyayangi kita
v.
Gagal menunjukkan satu ketakutan
vi.
Gagal adalah satu langkah sahaja lagi untuk
menuju kejayaan
vii.
Gagal adalah sifu atau guru terbaik membina
dan membentuk pengalaman
Jangan mudah mengalah atas kegagalan yang ditempuh. Terima dengan hati yang
terbuka dan tabah untuk menghadapinya. Tiada yang mustahil untuk tidak boleh
dilakukan. Konsistensi dan pengulangan dalam menempuh kegagalan bukanlah satu
keputusan yang dicari-cari dan dimahukan. Ia adalah satu sistem yang bukan kita
seorang sahaja yang menerimanya. Jadikan kekuatan dalaman sebagai satu
perangsang dan pendorong untuk kita tetap melakukan jualan sampai ke akhir
hayat. Belajar dari kegagalan agar di masa hadapan sekurang-kurangnya kita tahu
menempuhnya jika perkara yang sama dilihat menjelma semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan