Berwaspada dengan bakal pembeli atau pelanggan yang di temui. Walaupun kita
sibuk tawarkan produk kepada mereka namun sikap berhati-hati dan berwaspada perlu
ada dan di wujudkan. Jangan terlalu mudah percaya dan yakin pada seseorang
terutama bila sekali dua melakukan pertemuan. Bertenang sentiasa agar tidak
mudah terpengaruh dan terjebak pula menerima penipuan dari mereka pula. Dunia
sekarang pelbagai ragam, cara dan kaedah untuk orang menipu dan mengambil
kesempatan punyai pelbagai cara dan kaedahnya. Bila kita ditipu sudah pasti
yang menanggung kerugiannya adalah kita. Jangan terlalu mudah berserah diri
menyalah takdir atau sebagai satu ujian dari Allah pula. Inilah perlu kita
lakukan dan ambil tindakan berhati-hati dan berwaspada sentiasa.
Terdapat sebabnya kenapa kita mudah pula di tipu oleh bakal pembeli atau
pelanggan yang kita temui. Asal permulaannya untuk menjual tapi lain pula
jadinya. Antara penyebab kenapa kita mudah ditipu adalah
i.
Lurus bendul tak tentu hala. Terlalu
mengikut telunjuk mereka sehingga langsung tidak kita sedari dan fahami yang
mereka ada niat lain yang tidak baik untuk melakukan penipuan ke atas kita.
ii.
Berlaku hanya disebabkan kita malas untuk
membaca dan melakukan sedikit kajian sebelum bertemu dengan mereka. Ilmu dan
pengalaman itu penting untuk dipergunakan sebagai satu persiapan pendinding diri.
iii.
Kita yang sepatutnya mempengaruhi mereka
tapi malangnya kita pula yang terpengaruh dengan mereka
iv.
Terkena pukau atau ilmu hitam. Ayat-ayat
pendinding diri sebagai satu amalan tidak langsung diamalkan. Terlalu yakin
atas keupayaan diri sendiri mengikut logik di akal tanpa memikirkan bantuan dan
pertolongan Allah. Bila dah terkena baru nak menyesal yang bukan-bukan.
v.
Melakukan jualan di tempat sunyi dan luar
dari tempat tumpuan orang. Lokasi pertemuan biarlah bersesuaian jangan mudah
menerima di mana sahaja main hentam tak tentu fasal dan keruan.
vi.
Kita mungkin kaki penipu juga. Allah Maha
Adil. Kalau kita juga kaki menipu sudah pasti Allah akan membalas nya balik kepada
kita mungkin lagi teruk dari apa yang telah kita tipu selama ini.
Bak kata pepatah sebelum nasi menjadi bubur ambil tindakan bijak dengan mengambil
tindakan lebih berwaspada dan berhati-hati sentiasa. Berikan perkhidmatan yang
sewajarnya dalam melakukan jualan. Jangan mudah terpedaya dan terpengaruh
dengan apa yang mereka beri dan unjurkan. Gunakan akal fikiran baca ayat-ayat
pendinding yang mudah untuk diamalkan. Bukankah ini juga di namakan usaha juga meminta
bantuan dan pertolongan pada Allah agar di jauhkan kita dari segala bencana di
luar dari kawalan kita. Berikan yang terbaik elakkan diri kita dari ditipu atau
menipu orang lain pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan