Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 22 Mac 2014

USAHA YANG SEPATUTNYA





Sesiapa yang nak berjaya sudah semestinya berusaha dengan bersungguh dan gigih. Ramai yang mengetahui bahawa usaha itu tangga kejayaan. Nak berjaya kena ada usaha untuk mendaki tangga setinggi yang dimahukan. Semuanya bergantung atas usaha yang dilakukan. Berlawanan dengan usaha adalah malas di mana hanya dengan malaslah pasti semuanya akan berakhir dengan kegagalan dan kekecewaan.

Agak mustahil jika di katakan duduk sahaja boleh mendatangkan hasil yang mudah begitu sahaja. Tanpa perlu adanya usaha tiba-tiba sahaja berkehendakkan hasil yang lumayan hadir di hadapan kita. Sudah tentu cara sebegini tidak betul dan salah. Sedangkan Rasulullah sendiri pun telah memaklumkan kepada kita agar kita perlu berusaha keras dan gigih hasil dari kudrat dan daya kita sendiri. Sabda Rasulullah SAW ‘Sebaik-baik makanan yang di makan oleh seseorang itu ialah hasil daripada pekerjaan dari tangannya sendiri, sesungguhnya Nabi Allah Daud makan sesuatu daripada hasil pekerjaan yang dilakukannya sendiri’ ( Hadis Riwayat Bukhari).

Firman Allah bermaksud ‘Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) Dan hanya kepada Tuhan mu sajalah, hendaknya engkau berharap’ (Surah al-Syarh ayat7-8). Nyata saranan dari Allah yang mahukan kita berusaha dengan bersungguh-sungguh dan tiada istilah untuk menjadi seorang yang pemalas dan mengharapkan bantuan dan pertolongan sahaja. Nak berusaha kena pastikan dahulu bahawa kena lakukan amal ibadat kepada Allah. Minta apa sahaja termasuk per mudahkan lagi tugasan kita melakukan pekerjaan. Jangan ada musibah dan rintangan sehingga begitu sukar pula melakukan usaha melakukan setiap pekerjaan yang dilakukan.

Hasil yang baik sudah semestinya terletak bagaimana usaha kita melakukannya. Jangan ada tipu muslihat tapi lakukan dengan niat yang ikhlas dan jujur. Seperti mana Firman Allah yang bermaksud ‘Dan sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakan’ (Surah al-Najm ayat 39). Berilah yang terbaik agar keputusan akhir yang boleh kita peroleh sudah pasti diberi ganjaran yang sewajarnya dari Allah. Ini janji Allah kenapa perlu merasa syak dan waswas? Yakinlah dengan apa yang telah Allah janjikan ini.

Kerana itu dalam kita berusaha melakukannya kena lakukan dengan bersungguh-sungguh dan gigih apa yang dilakukan. Hubungan kita dengan orang lain kena di jaga agar mereka yang berpuas hati dengan kita sudah pasti akan mendoakan kepada kita yang baik-baik sahaja. Sabda Rasulullah SAW ‘Barang siapa tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak berterima kasih kepada Allah’ (Riwayat Imam Ahmad). Per banyakkan bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah pun dicurahkan dan dikurniakan kepada kita. Fokus akan apa yang kita lakukan, berikan dan hulurkan bantuan dan pertolongan per mudahkan mereka agar mereka sentiasa merasa gembira dengan apa yang kita tawarkan. Saranan seperti sabda Rasulullah ‘Mudahkanlah dan jangan menyusahkan, gembirakanlah dan jangan membuatkan orang lain lari (dari agama kamu)’ (Riwayat al-Bukhari).

Tapi ingat jangan sama sekali kita menipu dan tidak jujur kepada mereka. Balasannya nanti cukup perit untuk dilalui nanti di masa hadapan. Amaran ini telah pun di nyatakan oleh baginda Rasulullah seperti mana Sabda Rasulullah ‘Sesiapa yang mengambil hak seseorang Muslim dengan tangan kanannya, maka Allah telah mengharuskan baginya neraka dan mengharamkan syurga untuknya. Lalu seorang bertanya : ‘Walaupun sesuatu yang sedikit wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda : Sekalipun sebatang arok (kayu yang digunakan untuk bersiwak)’.

Berusahalah ke jalan yang di redahai dan diberkati oleh Allah. Jangan lakukan perkara yang lain daripada itu. Hidup di dunia ini sementara sahaja jika mahu dibandingkan dengan kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti. Berikan sahaja yang terbaik agar siapa juga yang kita berurusan akan merasa cukup senang dan gembira dengan apa yang telah kita berikan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan